in

“Untuk menyelesaikan ‘hajat’ terpaksa ke sungai” – To’ki Bahagia Tinggal Di Pondok Kecil Bersama Isteri

Toki

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bagi mereka yang lahir pada tahun 80-an, pasti mereka familiar dengan penyanyi era 90-an To’ki yang terkenal menerusi lagu Biasan dan Seni Berzaman ini.


Amat menyayat hati apabila Astro Awani kongsi kehidupan terkini penyanyi tersebut yang kini tinggal di pondok kecil di pinggir hutan di Batu 12 Gombak, Selangor sejak tahun lalu.

Bagaimanapun To’ki atau nama sebenarnya, Mohd Zaki Mansur dengan hati terbuka menyatakan bahawa dia tidak pernah mengeluh, jauh sekali menyesali ketentuan takdir.

 

Walaupun nampak macam ini (serba kekurangan) tetapi saya damai bersama isteri.”

51593493370 Toki

Katanya lagi, pondok itu yang dihasilkan daripada hasil kerja tangannya itu memberikan sentimental buatnya dan baginya ia tidak ubah seperti ‘syurga’ buatnya dan isteri.

Malah, pondok itu jugalah yang menjadi tempat untuknya mencari ilham dalam berkarya biarpun sedar iklim industri muzik tanah air tidak begitu memberangsangkan. Namun, ia aspirasi To’ki untuk berkarya tidak pernah pudar.

Dia juga berikrar untuk kembali bangkit memperkasakan namanya walapun harus berhadapan dengan cabaran.

 

Sekarang ini pendapatan saya bergantung kepada jemputan menyanyi di restoran atau majlis-majlis kecil sahaja” 

61593493315 Freesize

Tambahnya lagi berkarya itulah satu-satunya kerja yang mampu dilakukan To’ki dan kini punca pendapatannya sangat terbatas.

Menurut Astro Awani lagi, To’ki tidak begitu gemar untuk terlalu terbuka bercerita mengenai kesulitan hidup yang dilaluinya kerana enggan orang ramai berprasangka.

Dia lebih senang berkongsi idea dan hasratnya untuk kembali ke industri muzik tanah air untuk memperbaiki taraf kehidupannya itu.

 

Nak buat macam mana ini sahaja yang termampu.”

Akui kediamannya itu tidak sempurna To’ki ingin menambahbaiknya lagi. Tetapi, apakan daya ianya terbatas kerana memerlukan kos tinggi dan ia diluar kemampuannya.

Lebih menyayat hati lagi, bekalan air harus diangkut sendiri oleh To’ki dari sungai berdekatan.

Bahkan, untuk menyelesaikan ‘hajat’ juga terpaksa ke sungai memandangkan pondok kediaman itu tidak memiliki tandas.

 

Pergerakan isteri terbatas

81593493327 Freesize

Bahkan dugaannya bertambah apabila pergerakan isterinya terbatas kerana mengalami patah tulang pinggul akibat kemalangan yang dialaminya 10 Jun lalu.

“Paling sukar bila tiap kali nak turun atau naik sebab (tanah) curam. Kalau saya naik kerusi roda sekurang-kurangnya perlu tiga orang (untuk bantu) tolak.Memang sukar keadaan masa ini, namun saya dan To’ki terima nasib kami. Saya kena sesuaikan diri saya. Itu sahaja yang kami mampu,” kata isterinya

Tambah To’ki, sekiranya ada rezeki, dia mahu mengusahakan pemasangan paip bagi membolehkan bekalan air dipam dari sungai berdekatan ke kediamannya bagi memudahkan urusan kehidupan harian.

“Kalau ada bajet saya nak tarik (pam) air dari sungai ke sini (kediaman) selain tangki air dan tandas, selagi tidak ada semua itu, kami terpaksa turun (ke sungai),” kata To’ki menyuarakan keinginanya.

 

Baca : “Ibu jangan nangis, semoga ibu sihat amin” – Pelakon Veteran, Wan Maimunah Terharu Terima Sumbangan Netizen

Wanmaimunah

Sumber: Astro Awani
Sumber: Astro Awani
Sumber: Astro Awani

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.