Walaupun Malaysia merupakan antara negara yang memberikan perkhidmatan perubatan yang terbaik di dunia, masih ramai lagi orang yang tak berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan.
Macam yang korang tahu, kalau kita pergi ke klinik kesihatan atau hospital kerajaan, benda pertama yang korang boleh expect adalah masa menunggu yang agak lama. Namun dikatakan, bagi “tukang viral” tersebut ini bukan kesnya.
Semalam, tular satu video seorang doktor mengamuk menyuruh pesakit keluar dari klinik kesihatan. Selain perkataan, “kau tak boleh tunggu kau keluar”, dari doktor dalam video ini, selebihnya memang tak tahu hujung pangkal cerita.
Doktor hospital kerajaan menengking pesakit. Apa cerita sebenar?
Pesakit salah atau Doktor salah? @DrDzul @DGHisham pic.twitter.com/fuWTy0WpEz
— lovelydarshan (@ladydarshankaur) February 18, 2020
Menurut seorang pengguna Facebook Murugan Ramasamy yang memuatnaik video viral ini, dia dan adik-beradiknya telah datang ke Klinik Kesihatan Seremban kerana mengalami batuk teruk dan selesema namun doktor yang merawatnya langsung tak check keadaannya dan berikan ubat yang salah.
Dikatakan, selepas ulang alik beberapa kali dari farmasi ke bilik doktor untuk dapatkan ubat yang betul, doktor di dalam video ini terus mengamuk dan menghalau dia keluar dari bilik tersebut.
“Tu doktor gomen. Bukan robot.”
Pun begitu, video berdurasi 29 saat yang diharap dapat memburukkan nama doktor tersebut telah mendapat reaksi lain dari netizen. Rata-ratanya telah mengecam tindakan lelaki ini kerana tak menghormati doktor yang penat bekerja dan peraturan untuk tak merakam atau mengambil gambar semasa berada di bilik rawatan.
Bukan tu je, netizen juga meminta pihak KKM untuk berlaku adil semasa siasatan dijalankan dan bukan hanya bergantung kepada video viral ini semata-mata.
“Isu dah diselesaikan melalui rundingcara”
Berkenaan isu ini, pihak Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan (JKNNS) telah pun mengeluarkan kenyataan media di Facebook rasminya mengatakan perkara ini telah pun diselesaikan melalui perbincangan kedua-dua pihak.
JKNNS juga turut meminta orang ramai untuk tak membuat andaian terhadap mana-mana pihak dan mengingatkan orang ramai untuk mematuhi larangan mengambil gambar atau rakaman video tanpa kebenaran.
Zaman sekarang ni, laju je. Semua benda nak viralkan.
Baca: “Anak meninggal, suami curang” – Ini Kisah Sebenar Bekas Pensyarah Mengamuk Di Sungai Buloh?