in

“Kau jangan sampai aku bukak aib kau!” – Kak KM Bengang Sepupu Sendiri Kutuk Majlis Kahwin Adik Tayang Penari ‘Lucah’

Maroh Kak Km

Rasanya satu Malaya dah tahu isu majlis perkahwinan anak Normah Damanhuri iaitu Ahya Rosli yang mengundang kecaman hebat netizen kerana memaparkan tarian lucah di majlis yang penuh dengan adat-adat kemelayuan.

Setelah bertubi-tubi terima kecaman sana sini, tempiasnya pasti terkena kepada ahli keluarga lain juga kerana mereka pasti dianggap dengan sengaja merelakan perkara tersebut berlaku.

2019 04 07 13.11.38
sumber: blog

 

“Allah memang nak pelihara mak aku dan aku sekeluarga” 

Antara yang terkena tempias tersebut ialah Faris Al-Hajari iaitu anak saudara kepada Normah dan anak lelaki kepada Aripah Damanhuri yang juga seorang pelakon senior.

Menurut Faris di posting Facebook, dia bersyukur mereka sekeluarga terpelihara daripada ‘kejadian’ tersebut berlaku di depan mata oleh kerana beberapa insiden yang berlaku. Malah Faris juga tegaskan yang emaknya, Aripah memang sangat berbeza dari Normah. Dorang bukan orang yang sama tau gais! 

Sebetulnya, org yg paling aku kesian dan risaukan bila isu wedding ala jahiliah tu meletup ialah mak aku.Sudah…

Posted by Fais Al-Hajari on Sunday, April 7, 2019

 

“Wowwww TAHNIAH YANG POYO DAN PURA-PURA ALIM” 

Sepantas kilat, posting yang ditulis Faris itu sampai ke pengetahuan Kak KM atau Liana Rosli yang kemudian memberi jawapan balas di instastoriesnya. Menurut Liana, Faris hanyalah berpura-pura dan dia mengugut untuk membuka aib sepupu serta makciknya sendiri kalau mereka keterlaluan. 

Bagi yang masih blur, Normah dan Aripah ni adik beradik tau. Jadinya Kak KM dengan Faris ni sepupu lah dan Normah ni makcik kepada Faris. Oh gitu… 

Kutuk 1
sumber: instagram

 

“Depan-depan boleh kau nak senyum, belakang kau main taik kan?” 

Tak cukup dengan posting kat atas, Kak KM juga telah merakam video di instastories untuk meluahkan rasa tak puas hati kepada Faris. Menurutnya, Faris tak sepatutnya keluarkan kenyataan sebegitu kerana mereka mempunyai talian persaudaraan dan sering bertemu di majlis-majlis keluarga. 

Kak KM beri amaran supaya jangan buat dia hilang sabar sehingga dia buka aib tentang keluarga Faris pulak. Ayooo dah jadi hal besar ni! 

Apa-apapun admin berharap masalah antara keluarga ini dapatlah diselesaikan secara baik. Tak eloklah kalau Kak KM bergaduh dengan sepupu sendiri kan. Lagipun mak Kak KM dan Faris ni bersaudara. Kita doa yang baik-baik jelah ye. 

Baca: “Macam tarian b*gel” – Aksi Ghairah Penari Sewaktu Kenduri Kahwin Ahya Rosli Undang Kecaman Netizen

Menari