Tak pernah tak terhibur tengok video di Tiktok. Pasti ada saja yang aksi dan telatah sehinggakan netizen tidak kering gusi menontonnya hingga berjam-jam.
Yang tak boleh dilupakan, dalam perkongsian @mrmrslurve, dia telah memuat naik video di akaun Tiktoknya yang menunjukkan sorang kanak-kanak mengganggu ayah dan ibunya sedang menunaikan solat. Dah takda kerja lain ke dik.
https://www.tiktok.com/@mrmrslurve/video/6999641117234908443?_d=secCgYIASAHKAESPgo8ND2L5QPt1slDs8%2B090CGnNjWKN338wbSBfgEM61WS9DO8qf462juoI%2FMg0chgw8rfWliIoXasY2tI1weGgA%3D&checksum=bbda1eaa6491a19bf9c04501f226e3cbedf1ee1aa1c89097ccee19db15f3aba4&language=en&mid=6999641116551170842&preview_pb=0®ion=MY&sec_user_id=MS4wLjABAAAARhT18VqyxLysZo8M25nbYo8BCqL7xw9pxTG78RWN_kk8wQmenerUUbXwyJ_WxKqr&share_app_id=1180&share_item_id=6999641117234908443&share_link_id=04A47445-1515-4D84-959F-B30C7680F03B&source=h5_t×tamp=1629777127&tt_from=whatsapp&u_code=dh0fc5ab8cm3m2&user_id=6925664759305257986&utm_campaign=client_share&utm_medium=ios&utm_source=whatsapp&_r=1&is_copy_url=1&is_from_webapp=v1
Dalam video tersebut, anaknya sedang mengganggu ibu ayahnya yang sedang menunaikan solat maghrib di dalam bilik. Kanak-kanak tersebut kelihatan sedang bermain-main dengan kain pelikat ayahnya dan dengan perlahan masuk dalam kain itu. Rakaat pertama dah kacau…
Ayahnya yang tengah solat tak mampu untuk tahan gelak dan terpaksa hentikan solatnya. Last-last semua tergelak hahaha.
Video yang diambil daripada Live Instagram seorang pemuda ini telah mendapat hampir separuh juta tontonan di Tiktok sehingga kini. Aksi kanak-kanak itu telah mengundang tawa para netizen yang menontonnya. Siapa je yang tak tergelak tengok.
Beberapa komen netizen yang buat min tertarik untuk berkongsi:
Selain itu, netizen yang mempunyai anak juga berkongsi pengalaman mereka diganggu anak semasa solat di ruangan komen.
Nasib baik budak tu comel kalau tak….