in

“Kami nak rai kemenangan ini bersama arwah bapa” – Gambar Dua Beradik Rai Liverpool Di Kubur Ayah Jadi Bualan Netizen

Untitled Collage 19

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pasukan bola sepak Liverpool menjulang trofi kemenangan Liga Perdana Inggeris, menamatkan kemarau 30 tahun sekali gus menjadi pasukan paling cepat bergelar juara dalam sejarah liga itu.


Tentu ramai penyokong The Reds masih berpesta hingga ke saat ini, begitu juga bagi keluarga ini yang memilih untuk meraikan kejayaan pasukan bola sepak kegemaran mereka bersama arwah bapa tercinta.

Foto ‘rare‘ itu dimuatnaik seorang pengguna Twitter, @hafriziqbal — menunjukkan aksi abang dan adiknya memegang jersi Liverpool di kubur ayah mereka, simbolik ‘tribute‘ kepada arwah yang juga merupakan penyokong tegar pasukan itu.

Ynwa1

Ynwa3

Bagaimanapun ia mengundang rasa kurang senang daripada segelintir netizen, yang beranggapan tindakan dua beradik itu sebagai tidak menghormati kawasan tanah perkuburan.

B 2

Menyedari komen negatif yang hadir, lelaki itu tampil menegaskan beliau tidak kisah apa pandangan orang — kerana niat mereka cuma mahu meraikan detik bersejarah itu dengan bapa tersayang.

Malah ramai juga netizen lain yang turut berkongsi kegembiraan mereka bersama keluarga ini.

Ynwa2

3 14

A 3

‘You’ll Never Walk Alone.’

 

 

Baca: Prestasi Pemain Liverpool Muslim Dipuji, Solat Dahulu Sebelum Beraksi Di Padang

Salah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.