in

Enam Syarikat Telco Dikompaun RM700,000 Atas Kesalahan Daftar Kad Sim Prabayar Palsu, U Mobile Tertinggi

Feat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Berapa hari lalu, kekecohan berlaku dalam kalangan pengguna rangkaian telco terkenal di Malaysia.


Kekecohan ini berpunca daripada masalah teknikal yang berlaku yang menyebabkan hampir kesemua penggunanya mempunyai masalah jaringan data dan suara.

Hal ini telah disuarakan di akaun rasmi syarikat telco tersebut di Twitter agar tindakan susulan dapat dilakukan untuk mengatasi masalah ini.

 

 

Selain itu, akaun rasmi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) juga turut diserbu pengguna-pengguna yang rata-ratanya meninggalkan komen yang tidak berpuas hati dengan jaringan Internet di Malaysia.

Hari ini, pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) telah mengeluarkan kenyataan rasmi melalui akaun di Facebook rasminya berkaitan kompaun yang dikeluarkan kepada pihak syarikat telekomunikasi atas kesalahan tertentu.

 

15 kompaun bernilai RM700,000 dikeluarkan

Sebanyak 15 kompaun bernilai RM700,000 telah dikeluarkan terhadap 6 syarikat telekomunikasi atas kesalahan pendaftaran kad SIM prabayar palsu.

Skmm 1

U Mobile Sdn Bhd mengungguli carta dengan menerima jumlah kompaun yang tertinggi iaitu sebanyak 5 kompaun bernilai RM250,000 diikuti Celcom Axiata Berhad dan Tune Talk Sdn Bhd masing-masing sebanyak tiga kompaun bernilai RM150,000.

Fuh, banyak tu!

Selain itu, dua kompaun juga dikeluarkan kepada Maxis Broadband Sdn Bhd bernilai RM100,000 manakala YTL Communications Sdn Bhd dan Tone Plus Sdn Bhd masing-masing menerima satu kompaun bernilai RM40,000 dan RM10,000.

 

Dikeluarkan 1 Oktober lalu atas kesalahan tahun lepas 

Menurut MCMC, kompaun tersebut dikeluarkan pada 1 Oktober lalu atas kesalahan yang dilakukan pada tahun lepas.

Kesemua kompaun adalah mengikut Seksyen 127 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 dibaca bersama Seksyen 242 Akta sama yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Skmm 2

Mencerminkan ketegasan dan tidak berkompromi

MCMC turut berkata bahawa tindakan yang diambil ini mencerminkan ketegasan dan komitmen pihaknya dalam memastikan kepentingan pengguna sentiasa terjaga selain memastikan proses pendaftaran kad SIM prabayar mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan pihak Suruhanjaya.

Pihak MCMC turut memberi amaran bahawa mereka tidak akan berkompromi dalam hal ini dan tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang gagal mematuhi garis panduan ditetapkan ini.

 

Harap-harap kompaun dikenakan ni dapat memberi pengajaran kepada syarikat berkenaan. 

Baca: Pengguna Bengang ‘Line’ Celcom Sering Bermasalah, Desak SKMM Jalankan Siasatan

Baca Celcom

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.