in

“Kami dihalau pengawal peribadi…” – Buka Cerita Terima Amaran Daripada Pegawai, Kena Balik Dengan TMJ!

Tmj Sound

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru je hangat isu ucapan hari jadi buat Tunku Idris daripada Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq, ni ada pula ‘drama’ baru yang timbul. Semalam, viral pula screenshot perbualan TMJ dengan Pengerusi MyWatch, Dato’ Sri Sanjeevan lepas seorang lelaki upload dekat Twitter dia.


Melalui tweet tu, apa yang difahamkan, TMJ cuba sampaikan yang ahli politik sepatutnya beri peluang kepada Majlis, Persatuan atau rakyat untuk berjumpa dan dengar apa yang nak diperkatakan.

TMJ tak setuju kalau mereka buat tak endah dan terus block atau hanya suruh pembantu yang uruskan hal sebegini.

Whatsapp Image 2018 12 28 At 11.32.43
sumber: twitter

Tapi apa yang menarik perhatian netizen, kononnya Sanjeevan dah ‘spill the tea’ bila dia ceritakan pengalamannya cuba untuk berjumpa dan berbincang dengan TMJ.

“Patik cuba mendekati Tunku tapi dihalau oleh pengawal peribadi.”

Katanya, niat untuk jumpa TMJ tu bukanlah untuk sembang pasal projek atau kontrak tetapi pasal aktiviti perjudian haram yang makin teruk di Johor Bahru.

Lebih buat isu ni hangat, Sanjeevan juga bagitau yang lepas kes tu, beliau ada terima panggilan daripada Special Officer TMJ dan beri amaran supaya jangan dedahkan  pasal kes perjudian haram dekat negeri Darul Takzim tu.

 

Whatsapp Image 2018 12 28 At 11.32.43 1
sumber: twitter

Tapi, TMJ kemudian balas balik dan tanya pada Sanjeevan nama Special Officer yang call beliau dan beri amaran tu. TMJ juga ada ‘spill the tea’ tentang status Sanjeevan juga.

“Saya diberi amaran oleh PDRM waktu pertama kali saya balas tweet kamu. Rupanya kamu ada kes (polis). Jangan babitkan saya.”

Lepas tu, TMJ pun explain balik yang Sanjeevan sepatutnya berurusan dengan pihak polis kalau nak bercakap tentang isu jenayah seperti perjudian haram tu.

“Kalau ada apa-apa isu yang kamu risaukan, hubungi Ketua Polis Johor. Saya pasti, dia akan layan kamu.”

Whatsapp Image 2018 12 28 At 11.32.44
sumber: twitter

Netizen yang baca dan ambil tahu dengan conversation mereka berdua pun setuju that Sanjeevan sepatutnya ikut saluran yang betul, which is to report dekat polis dan bukannya terus babitkan TMJ.

Ada juga yang bengang dengan beliau sebab biadap, tak ada adab dan tak hormat langsung dengan kerabat diraja seperti TMJ.

Baca: “Pergi ‘mengampu’ orang lain” – Bro Saddiq ‘Maintain Chill’ Walau Disindir TMJ

Saddidvstmj

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.