in

“Kalo helang, boleh jer bela beruang yer? – Netizen Pertikai Kerabat DiRaja Boleh Bela Beruang, Tapi ‘Pipit’ Kena Tangkap!

Sun Bear 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ni, viral di media sosial kes seorang penyanyi rock wanita tempatan, Zarith Sofea atau Pia yang dikatakan telah membela seekor beruang matahari dalam rumahnya tanpa keizinan pihak berkuasa.


Kes ni telah mendapat kecaman hebat daripada netizen ramai kerana tindakan Pia ni dianggap tak bertanggungjawablah sebab kurung haiwan tersebut dalam rumah tanpa penjagaan selama 2 hari. Disebabkan hal ini, Pia telah ditahan Perhilitan untuk siasatan lanjut.

Zarith 1560068461
sumber: harian metro

 

“Kalo helang, boleh jer bela beruang yer?” 

Pun begitu, menerusi satu perkongsian di Twitter, netizen telah mempersoalkan tindakan satu kerabat diraja Malaysia yang dikatakan telah membela beruang namun tiada tindakan yang dikenakan terhadap keluarga tersebut. 

Salah satu gambar yang menjadi perhatian netizen ialah Tunku Idris, adinda kepada Tunku Mahkota Johor yang dilihat mendukung seekor beruang.

Helang

D88Xylmuyae
sumber: twitter

 

“Boo Perhilitan jangan jadi double standard. Teruk macam ni” 

Posting ini telah mendapat sokongan beberapa netizen yang menganggap pihak Perhilitan ‘double standard’ atau pilih kasih dalam menjalankan tugas mereka.

Show
sumber: twitter

 

“Mereka ada mini zoo sendiri dan personal vet. Tolong jangan sebarkan kebencian, ia sangat memualkan” 

Macam mana pun, korang janganlah cepat menuduh dan membuat konklusi sendiri. Menurut netizen dan siasatan admin, kerabat diraja Johor sebenarnya mempunyai zoo dan pasukan veterinar sendiri yang menjaga haiwan peliharaan mereka. 

Malah admin yakin, mereka juga mempunyai lesen dalam memelihara haiwan eksotik ini. Untuk info semua, seseorang itu boleh membela haiwan eksotik ini tetapi dengan syarat individu tersebut mempunyai lesen yang sah.

Zoo
sumber: twitter

Apa-apapun dalam isu ini, admin rasa eloklah kita ikut undang-undang yang ditetapkan pihak berkuasa. Nak membela haiwan eksotik ni boleh tapi mintalah lesen sah dan bertanggungjawab dalam memelihara haiwan-haiwan ni. 

Baca: “Kami dihalau pengawal peribadi” – Buka Cerita Terima Amaran Daripada Pegawai, Kena Balik Dengan TMJ!

Name

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.