in

“Kalau nak mati jangan ajak orang lain sekali”-Gara-gara Putus Cinta, Wanita Ini Bertindak Pecahkan Cermin Tingkap Kapal Terbang

3 8

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebuah kapal terbang domestik di China terpaksa melakukan pendaratan kecemasan pada ketinggian 30,000 kaki selepas didapati seorang wanita dalam keadaan mabuk bertindak memecahkan cermin tingkap kapal terbang berkenaan.


Menurut laporan Gulf News, wanita yang berumur 29 tahun dikenali sebagai Li bertindak sedemikian kerana hubungan percintaan dengan pasangannya berakhir. Menurut laporan polis, wanita ini mengambil sebanyak setengah liter alkohol yang dikenali sebagai ‘bajiu’ sebelum menaiki kapal terbang.

F1 1 1

Difahamkan minuman alkohol itu mengandungi paras alkohol antara 35 hingga 60 peratus.

Dalam pada itu, foto yang dikongsi daripada sosial media China seperti Weibo menunjukkan yang wanita  berkenaan sedang duduk sambil menangis lalu bertindak memukul tingkap kaca kapal terbang berulang kali.

Kru kabin dan penumpang lain cuba untuk menenangkannya sebelum dia dipindahkan ke tempat lain oleh pramugari selepas dia memecahkan lapisan pertama tingkap.

F 1 1

Oleh itu, juruterbang membuat keputusan untuk melakukan pendaratan kecemasan di Lapangan Terbang Antarabangsa Zhengzhou Xinzheng, di ibu kota Henan dan dilaporkan tiada sesiapa dilaporkan cedera pada saat genting itu.

Difahamkan, masih belum ada lagi laporan sama ada wanita berkenaan akan dikenakan tindakan atau hukuman kerana merosakkan cermin tingkap kapal terbang.

Baca : “Teruklah perangai…” – Pelancong China Tak Bagi Kapal Terbang Berlepas, Paksa Tunggu Anak Habis Shopping

Flight

Sumber: Gulf News
Sumber: Gulf News

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.