in

“Kalau foreigner rambut panjang tak gatal pulak nak bagi saman ye?” – Siswa IPTA Bengang Kompaun Tak Masuk Akal

Samanipt5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini ada seorang penuntut di sebuah IPTA meluahkan rasa geram ni di media sosial berkenaan dengan jumlah kompaun dikenakan kepadanya atas kesalahan tatatertib itu tak masuk akal.


Ia hanya disebabkan mempunyai rambut panjang, Ahmad Izzat dikenakan saman sehingga RM 25. Ini kerana rambut panjang ini hanyalah kesalahan kecil dan tak perlu dijadikan isu sekalipun.

Ya lah bagi student jumlah tu agak banyak sebenarnya.

 

Paling gila setakat ni. kena saman rm25 do sebab rambut panjang

Samanipt
Sumber : twitter

“Paling gila setakat ni. kena saman rm25 do sebab rambut panjang. tahniah utm! utm sanjungan bangsa!”

Dia juga ada mempertikaikan peraturan di IPT itu. Menurutnya, pelajar-pelajar dari negara lain tak kena saman seperti dia biarpun rambut mereka panjang.

“Power betul utm ni sampai isu petty camni pun kena saman rm25. padahal management tiap tahun buat isu, pastu tau suruh pelajar sabar la apa la. sekali lagi, tahniah utm!”

“Oh nak tambah sikit. kalau foreigner rambut panjang tak gatal pulak nak bagi saman ye? sebab apa tu eh?”

Disebabkan tweet saman tu viral, siswa-siswa dari IPTA lain juga kongsikan saman yang mereka terima. Ada yang jauh lebih mahal! Semuanya atas kesalahan yang sama.

 

Ada yang sampai RM 100!

Samanipt2

Samanipt3

Hurmm, kalau ikutkan sebenarnya dalam buku tatatertib tu ada jelaskan peraturan-peraturan yang patut siswa/siswazah kena ikut, tapi menurut apa yang dikatakan Ahmad Izzat ni ada juga pelajar foreigner lain yang rambutnya panjang juga tapi tak kena apa-apa tindakan.

Bagi admin kalau RM 25 tu mungkin boleh lagi, tapi kalau dah sampai RM 100 tu, macam tak masuk akal lah. Lainlah kalau rambut panjang macam Sailormoon

 

Baca : Murid Nak Saman Cikgu, Guru Besar ‘Back Up’ Sanggup Palsukan Maklumat 

Samanguru

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.