in

Murid Nak Saman Cikgu, Guru Besar ‘Back Up’ Sanggup Palsukan Maklumat

Samannn

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hah ni apa kes pulak ni? Baru-baru ni kecoh seorang pelajar dari Kota Belud, Sabah nak menyaman guru bahasa Inggerisnya atas satu dakwaan yang mengejutkan.


Menurut Malaysiakini, Nafirah Siman, 18, menyaman gurunya Jainal Gasi kerana tak masuk kelas selama 7 bulan semasa pengadu menjadi pelajarnya. 

 

Tak hadir dari Februari hingga Oktober kecuali satu minggu ketika pegawai kementerian melawat sekolah

Kejadian yang didakwa berlaku pada 2015 ni terjadi ketika Nafirah berada di Tingkatan 4.

Pun begitu, dia telah memfailkan saman dengan tetuan Roxana & Co pada 16 Oktober lepas dengan menamakan guru besar Suid Hanapi, SMK Taun Gusi dan pegawai pendidikan daerah Kota Belud, ketua pengarah Jabatan pendidikan Sabah, Kementerian Pendidikan dan kerajaan sebagai defendan.

P2060463
sumber: blog

Dalam samannya, Nafirah mendakwa Jainal (guru terbabit) tak hadir mengajar daripada Februari hingga Oktober 2015 kecuali pada satu minggu ketika pegawai kementerian melawat sekolah. Amboi lamanya cikgu ni mengelat! 

Walaupun dah buat aduan, tak ada tindakan diambil terhadap guru tersebut.

 

Guru besar ‘back up’ cikgu dengan palsukan kedatangan? 

Lebih mengejutkan, Nafirah mendedahkan bahawa guru besar juga terlibat dalam menutup kes tersebut dengan memalsukan kedatangan yang menunjukkan Jainal hanya tak hadir selama dua bulan saja.

A7Cb920021594F54677417808E55Bb2F
sumber: malaysiakini

Dengan ni, Nafirah menuntut pengisytiharan bahawa defendan-defendan telah melanggar tugas statutori di bawah Akta Pendidikan dan mencabul hak perlembagaannya bagi mendapatkan pendidikan. Uish serius ni! 

Dia jugak pada masa yang sama menuntut pengisytiharan terdapat pelanggaran tugas dan ‘salah guna kuasa’ di pejabat kerajaan. Nafirah dengan ini jugak menuntut ganti rugi dan kos.

 

“Kenal betul cikgu ni… Satu tahun mungkin dua, tiga kali saja dia masuk kelas kami” 

Menerusi perkongsian di page 1Sabah, didapati ada di kalangan netizen yang mengaku mereka mengenali cikgu terbabit dan mengesahkan cerita Nafirah benar. Katanya, guru tersebut memang kerap kali tidak hadir ke kelas hingga menyebabkan pelajar di sana ketinggalan dalam mempelajari bahasa Inggeris.

Ramai di kalangan netizen jugak pada masa yang sama mengecam tindakan guru ini yang dikatakan tidak bertanggungjawab dengan tugas mendidik anak bangsa.

Sigu Apa Ni
sumber: facebook

Kes seperti ni sedikit sebanyak menjatuhkan reputasi guru di mata pelajar. Diharapkan ia dapat diselesaikan dengan baik dan guru terbabit sedar kesalahannya melanggar tanggungjawab yang diberikan untuk mendidik murid di kawasan pedalaman. 

Baca: Gaduh Dengan Guru Besar, Cikgu Sampai Kelar Tangan Sebab…

Klr

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.