in

“Kalau boleh nak ganti dengan nyawa saya” – Suami Terkilan Tak Dapat Selamatkan Isteri & 2 Anak M*ut Dalam Kebakaran

Kebakaran 3 Beranak Maut

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang suami tidak menyangka kepulangannya ke rumah selepas keluar makan bersama rakan malam tadi menjadi detik terakhir dia melihat isteri dan dua anaknya.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 malam di Taman Titiwangsa, Kluang, Johor, Khairul Nizam Wahid, 50, gagal menyelamatkan isteri, Noraini Ibrahim, 49, serta dua anak mereka, Khairul Nurhaziqq, 18, dan Khairul Nurhadiff, 11, yang terperangkap dalam kebakaran rumah dua tingkat mereka.


Lebih memilukan, Nurhaziqq ditemukan dalam keadaan memeluk adiknya di dalam bilik di tingkat atas rumah, manakala Noraini pula ditemui berada di sisi kedua-dua anaknya.

Menurut Khairul, dia pada awalnya langsung tidak menyedari rumah mereka sedang terbakar sebelum ternampak api marak dari bahagian sofa sebaik membuka pintu rumah.

“Sampai rumah, saya tak perasan lagi rumah dah terbakar. Saya nak buang air, buka pintu dan nampak dekat sofa terbakar, api dah menyala.

“Saya tarik sofa itu, api dah marak. Saya terus pergi ke dapur dan buka pintu, tetapi saya patah balik sebab asap terlalu tebal. Tak boleh sedut asap dan memang tak boleh masuk lagi,” katanya.

Snapinsta.to 801963814 2071890653687823 566457153270734204 N

Jelas Khairul, ketika kejadian, isterinya turut menghubunginya selepas terdengar bunyi motosikalnya tiba di rumah sebelum bertanyakan apa yang berlaku.

“Dia telefon saya dan tanya kenapa, saya cakap rumah terbakar. Lepas itu dia terus diam,” katanya.

Khairul kemudian menjerit meminta pertolongan sebelum jiran dan orang ramai datang membantu. Namun, usaha untuk menyelamatkan isteri dan dua anaknya tidak berjaya.

Screenshot 2026 09 10 150322

Artikel berkaitan: Anak 4 Tahun Terkorban Dalam Kebakaran, Ibu Terkilan Tak Sedar Anak Terperangkap Dalam Bilik

Artikel berkaitan: “Superhero sebenar” – Berani Pertaruh Nyawa, Orang Awam Berjaya Tarik Keluar 2 Mangsa Kebakaran Di Klang

Tidak dapat menahan kesedihan, Khairul mengakui dirinya dihantui rasa terkilan kerana gagal menyelamatkan insan yang paling disayanginya.

“Siapa yang tak terkilan bila anak dan isteri macam itu. Kalau boleh saya nak ganti nyawa saya. Nak panjat pun tangga tak ada,” katanya.

Lebih menyayat hati, Khairul yang baru sebulan bersara sebagai tukang masak di Kem Mahkota berkata, dia dan Noraini sangat rapat serta jarang berjauhan untuk tempoh yang lama.

“Memang rapat, ya Allah. Kita tak pernah berpisah. Kalau berpisah pun sebab dia hantar anak main boling, lepas itu balik. Itu saja, tak ada nak berpisah lama-lama.

“Kali ini mereka pergi sama-sama. Ya Allah minta-minta mereka syahid,” katanya.

Dalam pada itu jenazah ketiga-tiga mangsa dijangka dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bentong Dalam, selepas solat Asar.

Sumber: Kosmo!

Sumber: Bernama

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.