in

“Kaki lipas dalam mulut anak!” – Ibu Trauma Tengok Dua Orang Anak Makan Lipas Lepas Ditinggalkan Dalam Bilik Seorang

Kokcroach

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bagi mereka yang ada anak kecil, korang mesti faham sangat dah sikap bayi ni yang kadang-kadang pelik macam suka buat semak kat ruang tamu bila si ibu tinggalkannya sekejap ke dapur. Biasalah umur tengah nak membesar ni kan! 


Giphy 1

Macam manapun, seorang ibu di China ni terkejut gila dengan perangai anaknya bila dia ternampak dua bayi perempuannya chill je sedang menguyah lipas bila ibu bapa mereka tiada di bilik! Whaaaat??? 

 

“Bila bayi tiba-tiba senyap, adalah ‘sesuatu’ yang mereka tengah buat tu”

Menurut WORLD OF BUZZ, pasangan suami isteri ini asalnya telah tinggalkan dua anak mereka di dalam bilik sendiri supaya mereka berdua boleh mengemas rumah terbabit.

Kata ibu bayi tersebut, dia baru je tukar lampin kedua-dua anaknya sebelum beri mereka makan dan biarkan kedua-duanya main di baby cot masing-masing.

Tapi macam orang cakaplah, budak-budak ni kalau diam semacam je… haa adalah ‘benda’ yang dibuat mereka tu! Si ibu terkejut gila bila tengok kedua-dua anaknya tengah makan lipas. YES LIPASSSS! 

Chinapress1Witharrow
sumber: wob

 

“Saya tak kisah sangat bila nampak sayap lipas tu, tapi bila saya nampak anak tengah kunyah kaki lipas…” 

Kalau korang tengok gambar kat atas, nampak macam budak-budak ni tak buat apa pun dekat lipas tu sebab lipas tu dah macam mati kat atas lantai. Tapi bila ibu kepada budak-budak ni bawa anak dia pergi tandas untuk bersihkan mulut…

“Saya tak kisah sangat bila nampak sayap lipas tu. Tapi salah seorang anak saya nampak macam tengah kunyah kaki lipas tu. Dia tak mahu ludah dan buang, jadi saya sendiri terpaksa keluarkan ia secara paksa,” kata si ibu.

Tambah ibu bayi tersebut, dia kini jadi macam trauma pulak nak cium bibir anak sendiri walaupun dia kerap fikir berkali-kali yang, “Mereka anak saya, saya yang lahirkan mereka…”

Tumblr Osa1Tllsdp1Uayzz1O1 1498686394 Cover

Haih min pun trauma haa dengar citer ibu ni! Apa-apapun kepada ibu bapa kat luar sana, pastikan korang check kebersihan rumah dan kalau anak-anak korang ada makan benda pelik, please bersihkan cepat-cepat. Geli oi makan lipas! 

Baca: “GELINYAAAA” – Lelaki Tergigit Lipas Masa Minum Tealive Yang Dibeli Dekat Aeon Shah Alam

Teal

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.