in

Joshua Blahyi: Kisah ‘Warlord’ Digelar Lelaki Paling Jahat Dunia, Pernah Makan Jantung Budak Masa Perang

Blahyi 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bagi sesetengah orang, memakan organ dalaman haiwan seperti hati dan paru sudah cukup membuatkan mereka loya tekak. Tapi, bagi seorang lelaki ini, jantung kanak-kanak pernah menjadi santapannya dahulu ketika sedang berperang.

Blahyi e1627188407473

Joshua Blahyi merupakan bekas komander pemberontak Liberia dianggap sebagai salah seorang individu paling digeruni yang muncul ketika perang sivil di negera-negara Afrika Barat.


Blahyi turut dikenali sebagai “General Butt Naked” kerana dia sering ke medan pertempuran tanpa seurat benang kerana percaya ada kuasa ghaib yang membantunya jika dia berbuat demikian.

Zaman perang sivil

Liberian child soldiers

Ketika perang sivil pertama, Blahyi merupakan pemimpin United Liberation Movement of Liberia for Democracy (ULIMO) yang menyokong presiden pada ketika itu, Samuel Doe.

Untuk info, pembunuhan Presiden Samuel Doe pada tahun 1990 merupakan permulaan siri keganasan yang berlaku di negara itu.

Menurut Blahyi, dia mempunyai ritual tersendiri bagi mengekalkan kuasa istimewa miliknya.

“Bila-bila masa kami tawan bandar, saya perlu buat korban manusia. Mereka akan bawa saya seorang kanak-kanak dan saya akan korbankan dia sebelum makan jantungnya,” jelas Blahyi.

0 LIBERIA CONFLICT RELIGION e1627188682786

Kata Blahyi lagi, dia sendiri sudah tidak ingat berapa ramai orang yang sudah dibunuhnya. Namun, lelaki itu memberi anggaran tidak kurang daripada 20,000 orang sudah kehilangan nyawa mereka di tangannya.

Untuk pengetahuan, 2 Perang Sivil Liberia berlanjutan dari tahun 1989 sehingga 1997 dan dari 1999 sehingga 2003. Mengikut anggaran, sekitar suku juta manusia terkorban semasa tempoh konflik ini, lapor Daily Sabah.

2B6C2628 E586 4146 A472 AC17AD5DC31C e1627188850693

Difahamkan, semasa perang sivil itu banyak jenayah kejam yang dilakukan oleh askar kanak-kanak yang selalunya melakukan perkara itu dibawah pengaruh dadah.

Menurut Blahyi, ramai kanak-kanak yang menjadi askar ketagih bahan berbahaya itu dan terus melakukan jenayah meskipun perang sudah tamat.

Titik perubahan dalam hidup

Jika dahulunya, Joshua Blahyi dianggap sebagai lelaki paling kejam di dunia kerana sejarah penglibatannya dalam Perang Sivil Liberia, lelaki itu kini sudah bertaubat dan menjadi seorang pendakwah dengan misi mahu membetulkan semula kesalahan masa lampaunya.

Menurutnya, dia mula merasakan perubahan dalam hidupnya pada tahun 1996 selepas dia melihat tangannya yang dibasahi darah kanak-kanak tidak berdosa.

“Tuhan datang pada saya ketika itu dan beritahu saya supaya berhenti jadi hamba peperangan,” katanya.

Semenjak tahun 2006, Blahyi telah mengembara ke kawasan pedalaman Monrovia untuk cuba berhubung semula dengan golongan muda yang pernah menjadi askar kanak-kanak.

0 LIBERIA CONFLICT RELIGION 1 e1627188913926

Selain itu, bekas warlord ini juga telah membina satu fasiliti 25 kilometer daripada Monrovia pada tahun 2012. Tujuan institusi itu adalah bagi membantu mereka yang terkesan akibat perang terutama sekali kanak-kanak bagi membantu mereka untuk hidup dalam masyarakat normal.

“Saya mengaku, dulu masa perang, kami tangkap kanak-kanak, paksa mereka ambil dadah dan pergi berperang. Saya rosakkan banyak hidup anak orang lain. Kini, saya sedar, mereka bukan orang jahat tapi hanya mangsa yang tidak bersalah,” kata Blahyi.

Bantu bekas askar kanak-kanak mulakan hidup baru

Difahamkan, fasiliti yang dibina Blahyi itu telah membantu kira-kira 500 bekas askar kanak-kanak untuk memulakan hidup baru. Salah seorang daripadanya adalah William Wilson, 38, yang kini sudah menjadi pendakwah dan bapa kepada tiga orang anak.

“Sebelum saya berjumpa Blahyi, saya merompak orang dengan parang untuk dapatkan duit beli dadah. Kini, saya sudah berubah sepenuhnya ke arah kebaikan,” katanya.

Menurut seorang lagi bekas askar kanak-kanak, Titus Sylvester Borbor, 33, pula, Blahyi membantunya berhenti daripada ketagihan dadah dan telah membantunya untuk sambung belajar ke peringkat universiti.

“Ibu bapa saya sangat gembira dengan perubahan saya. Mereka dah terima saya semula,” katanya. 

 

Sumber: Daily Star, Daily Sabah

Baca: The Silent KiIIer : Misteri ‘Senoi Praaq’ Unit Elit PDRM Yang Mahir Peperangan Hutan Dan Kaitannya Dengan CIA

FEATURED 15 e1627189138693

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.