Jijik! Asam Pedas Penuh Ulat

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Jijik! Asam Pedas Penuh Ulat

 
 
00:00 /
 
1X

Kalau sebut je Melaka, mesti teringatkan asam pedas. Tapi malangnya ada sebuah restoran asam pedas popular kat Melaka ni terpaksa ditutup lepas ada pelanggan buat aduan yang tak sedap didengar.

Menurut WORLD OF BUZZ, pelanggan kat restoran tu terkejut besar sebab jumpa ulat dalam asam pedas yang dimakan kat situ. Bulan lepas, ada seorang pelanggan berkunjung ke restoran Asam Pedas kat Kota Laksamana, Melaka ni dan jumpa ulat duk berenang-renang dalam kuah! Eeeww!

Sumber: WOB

Jijik dengan apa yang dia jumpa, pelanggan tu ambil video asam pedas yang dia makan tu dan muat naik kat Facebook. Katanya dia dah buat aduan kat pemilik kedai on the spot tapi owner tak ambil serius pun pasal aduan dia tu.

Sebuah akhbar tempatan juga melaporkan yang pemilik ada cakap kalau hidangan yang dijual bermasalah, tak perlu bayar, free of charge je tapi dia tak minta maaf pun pada pelanggan yang terpaksa hadapi pengalaman menjengkelkan tu.

Sumber: WOB

Lepas tonton video kuah asam pedas yang penuh ulat tu, ramai geli-geleman dan buat spekulasi yang ikan dimasak berasingan dengan kuah. Mungkin sebab tu lah lalat sempat bertelur dalam kuah asam pedas ikan tu.

“Dulu asam pedas kat sini sedap, kuah dia pun pekat. Ikan dia segar dan tak berbau. Tapi sekarang dah lain, dan saya dah bertahun-tahun berhenti makan kat sini,” kata seorang pelanggan.

Sumber: WOB

Terbaru, Kementerian Kesihatan dah arahkan restoran tu untuk tutup selama dua minggu lepas terima aduan dari orang ramai. Katanya mereka takkan benarkan restoran tu teruskan operasi selagi tahap kebersihan mereka tidak memuaskan.

Trauma dah admin nak makan asam pedas lepas ni!

Baca: “Mentanglah dah masuk TV…” – Wanita Cerita Kedai Asam Pedas Melaka Caj RM120 Untuk Lunch!

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Asma' Razak

Suka dinosaur tetapi minat filem bergenre futuristik, bercita-cita mahu jadi vegetarian dan berharap ikan diklasifikasikan sebagai tumbuhan.