in

‘Jewellery’ Daripada Rambut & Gigi Si Mati, Hasil Rekaan Wanita Ini Pernah Cecah Harga RM23,525!

Barang Kemas

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Min nak tanya, kalau korang lah kan, korang prefer barang kemas yang dihasilkan dari apa?

Bagi sesetengah orang, mungkin emas atau berlian menjadi pujaan hati. Tapi, bagi seorang wanita ini pula, dia memilih bahan-bahan unik yang jarang sekali kita dengar untuk ditukarkan menjadi barang kemas.


1 Swns Tooth Jewellery 011 E1625978280977

Jacqui Williams, 29, merupakan pemilik Grave Metallum Jewellery, kedai barang kemas yang menjual cincin, gelang dan rantai yang dihasilkan dengan menggunakan ‘tinggalan’ mayat seperti gigi, rambut atau abu.

Kebanyakan orang pasti menganggap karier Williams ini agak dark dan mengerikan tapi menurut wanita yang pernah bekerja sebagai tukang kebun di kubur tempatan berkata, perhiasan yang dihasilkannya membantu orang lain untuk meratapi pemergian insan tersayang.

“Saya lakukan kerja ni sebab saya nak bantu orang ramai untuk mengawal rasa sedih dan kehilangan mereka memandangkan kematian itu adalah satu benda yang pasti untuk semua benda hidup di dunia ini,” katanya.

Satu perhiasan mampu cecah hingga lebih RM31,367

Cincin E1625978314367

Lapor Daily Star, Williams berkata, permintaan paling unik pernah diterimanya adalah permintaan seorang pelanggan yang mahu menukarkan kelongsong peluru kepada perhiasan diri.

Difahamkan, kelongsong peluru itu adalah daripada peluru yang telah digunakan datuk kepada pelanggannya untuk membunuh diri.

Jelas Williams, setiap tempahan mengamil masa antara enam hingga lapan minggu untuk dihasilkan. Manakala harganya pula mampu mencecah antara RM1,097 sehingga lebih daripada RM31,367.

Set E1625978345885

Williams yang berasal dari Melbourne, Australia berkata, pelanggannya yang sudah menjadi ibu selalunya akan menghantar gigi susu atau wisdom teeth milik anak mereka untuk ditukarkan menjadi barang kemas.

Setiap tempahan yang dihasilkan Williams akan menggunakan sama ada perak, emas, platinum atau batu permata berharga mengikut permintaan pelanggan. ‘Tinggalan’ mayat yang dibawa pula akan digunakan sebagai centerpiece barang kemas terbabit.

“Kadang kala saya menerima tempahan untuk menghasilkan barang kemas dari abu mayat, rambut si mati dan juga bulu haiwan peliharaan yang sudah tiada,” katanya.

0 Swns Tooth Jewellery 001 E1625978391825

Berbicara mengenai perhiasan paling mahal pernah dihasilkannya,, Williams berkata dia pernah menerima tempahan pelanggan yang mahu menghasilkan cincin perkahwinan dengan menggabungkan set gigi suaminya yang sudah meninggal dunia.

“Pelanggan itu mahukan cincin rose gold 18 karat dan set gigi mendiang suaminya akan dihiasi nilam dan garnet. Jumlah harganya adalah RM23,525.”

Ada yang jijik dan ada pula yang menyokong kerjayanya

Williams E1625978413315

Kata Williams, memang tak dinafikan pekerjaannya itu mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai. Ada yang menganggap ia sesuatu yang menarik dan ada pula yang menganggap ia menjijikkan.

Pun begitu, keluarga dan teman rapat Williams dikatakan menyokong perniagaan wanita itu. Kebanyakan pelanggannya pula mengaku akan memakai perhiasan yang dihasilkan Williams setiap hari.

Sumber: Daily Star

Baca: Berus Gigi Jari & Seluar Napkin Antara 11 Ciptaan Pelik Tapi Berguna Di Jepun

Feature 3 6 E1625978133767

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.