in

Jangan Sebarangan Beli Online Ubat Hilangkan Jerawat! Ini Risikonya…

Untitled Collage 50

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Jerawat adalah salah satu masalah besar yang dihadapi kebanyakan kita, terutama sewaktu peralihan ke zaman remaja. Ada yang mengalami masalah jerawat yang sangat teruk, hingga menjejaskan keyakinan diri seseorang.


Faktor dia boleh jadi sebab perubahan hormon, cara pemakanan dan juga kebersihan diri yang tidak terjaga. Sekarang ni pun ada bermacam cara untuk kita pastikan kulit kita bebas jerawat, antaranya termasuk melakukan rawatan kecantikan di spa atau meminta preskripsi ubat daripada doktor bertauliah.

Tapi, ramai je yang suka beli ubat sendiri tanpa meminta sebarang nasihat terlebih dahulu daripada pakar perubatan — memandangkan ianya boleh didapati dengan mudah di platform online.

Misalnya macam apa yang dikongsikan doktor ni…

Ubat1

Sebenarnya, kalau ada yang belum tahu — Isotretinoin (Roaccutane) ni hanya boleh dikeluarkan oleh doktor pakar / dermatologist sahaja, dan selalunya ia diberi kepada pesakit yang mengalami masalah jerawat yang teruk.

Dan menurut seorang pengguna Twitter, mana-mana pesakit perlu menadatangani surat menyatakan mereka aware dan faham mengenai risiko pengambilan ubat berkenaan.

Ubat2

Sebab apa kena buat macam tu? Kerana Isotretinoin mempunyai kesan sampingan yang teruk seperti kecacatan kelahiran.

Menurut portal MyHealth, remaja perempuan tidak boleh mengandung semasa mengambil Isotretinoin dan sehingga sekurang-kurangnya sebulan selepas berhenti mengambil ubat tersebut malah mereka juga perlu dipantau untuk kesan-kesan sampingan Isoteretinoin yang lain.

Bahaya pengambilan ubat ini sesuka hati, pernah dikongsikan oleh page Medical Mythbusters Malaysia satu ketika dulu.

Ubat3

Ubat4 1

Jadi, kalau korang ada mengalami masalah kulit yang teruk silalah dapatkan pemeriksaan dan pandangan daripada pakar perubatan terlebih dahulu untuk mengelakkan sebarang risiko yang boleh membahayakan nyawa di masa hadapan ye.

 

Baca: Hanya 8 Bulan, Muka Lelaki Menggerutu Penuh Jerawat Berubah Flawless. Tak Perlu Pakai Skincare Femes Di Pasaran Pun!

Juju

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.