in

Hanya 8 Bulan, Muka Lelaki Menggerutu Penuh Jerawat Berubah Flawless. Tak Perlu Pakai Skincare Femes Di Pasaran Pun!

Flawleessss

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Admin yakin, sesiapa pun di atas muka bumi ni tak kira lelaki mahupun perempuan mesti mengidamkan rupa paras yang menawan. Ini termasuklah kulit yang bersih dan jauh daripada jerawat! Yeahhh jerawat! 


Baru-baru seorang lelaki telah memuat naik gambar perubahan wajahnya selama 8 bulan, daripada wajah menggerutu penuh jerawat ke wajah flawless ala-ala glass skin. Nak tahu apa rahsianya? Jom baca perkongsian Twitter ni!

 

“Sebelum dapat hasil macam tu saya try macam-macam jenis skincare…. tapi semua tu tak jadi” 

Menurut lelaki terbabit, perubahan drastik yang dialami selama 8 bulan ini amat mengejutkan. Kalau sebelum ni dia dah cuba macam-macam jenis skincare, tapi semuanya tak berkesan sehinggalah lelaki ni berikhtiar untuk ke klinik kerajaan. 

Tak sangka pulak wajahnya berubah jadi macam ni… 

Skin 1

Care
sumber: twitter

 

“Tu je yang saya consume dari bulan Januari 2019 sampai sekarang” 

Ubatan
sumber: twitter

 

“Untuk breakout teruk, saya suggest korang terus je jumpa derma. Tak perlulah bazir duit try macam2 skincare tu ye” 

Freeeee
sumber: twitter

Bagi korang yang ada masalah breakouts teruk tu mungkin boleh cuba cara abang hensem ni. Tak perlulah buang duit try and error macam-macam skincare tu. Terus pergi klinik gomen je. Ubat free dan cuma bayar caj servis RM5. Gitew! 

Baca: DIY Skincare Guna Barang-barang Dari Rumah Ni Boleh Rosakkan Muka Korang?

101

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.