Semalam agak kecoh bila Tengku Ismail memuat naik IG Story di Instagram peribadinya mendedahkan perbualan di antara dirinya dan pemain bola sepak JDT Safawi Rasid.
Dalam perbualan itu, Safawi memberikan alasan bahawa punca permainannya merosot adalah kerana stress kekasihnya, Syifa Melvin sering desak untuk berkahwin.
Ekoran dari pendedahan ini, netizen telah mengambil kesempatan ini juga untuk memaki pemain bola ini kerana mudah hilang fokus hanya kerana seorang wanita.
Manakala Syifa pula yang sebelum ini telah menafikan dakwaan ini telah memuat naik beberapa mesej di IG Story meminta netizen untuk berhenti panggil teman lelakinya ini bodoh kerana ramai orang tak tahu cerita sebenar.
Yg cari pasal tu cari pasal dengan aku, so aku hadap je sebab dah lama sangat xpuas hati nampak gayanya… aku back up dia sebab aku tahu hati budi dia macam mana.”
Walaupun dia mengakui tindakan Safawi salah kerana menuduh dirinya, wanita ini mengatakan yang lelaki itu ada sebab tersendiri dan menjelaskan perbualan yang didedahkan itu merupakan mesej lama.
Gadis ini juga turut merayu orang ramai untuk hentikan “salah faham” ini dan terus berikan sokongan dan motivasi kepada Safawi lebih-lebih lagi hari ini adalah hari jadi lelaki tersebut.
Syifa juga turut memberitahu yang tanggungan Safawi di kampung sangat besar dan tak ada guna untuk jatuhkan orang dengan benda peribadi seperti ini.
Tanggungan dia besar di kampung, dont do this to him!”
Korang boleh baca mesej penuh Syifa dekat bawah ni: