in

“Jaga mama” – Pesan Terakhir Pegawai Polis Buat Bayi 51 Hari Sebelum Maut Dirempuh Lori Masa Buat Roadbloack

Arwah3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

 Ikut SJR empat jam saja, lepas balik nanti tidur untuk berehat”

Siapa sangka rupanya ungkapan yang diperikan itu ada makna yang menunjukkan seolah-olah satu pesanan terakhir buat Allahyarham Lans Koperal Saifullah Mohamad, 32 sebelum maut dirempuh lori ketika melakukan sekatan jalan jam 5.30 am semalam di Pasir Gudang.


Lapor Harian Metro, seorang lagi mangsa Lans Koperal Mohamad Johari Rosli turut maut dalam kejadian itu.

Difahamkan, lori terbabit dikatakan terbabas ke kiri jalan, lalu melanggar enam anggota polis yang berada di tempat kejadian.

Arwah
Sumber : berita harian

Ketahui berita mendukacitakan itu, isterinya Lans Koperal Norina Bakri, 33 redha dan pasrah dengan ketentuan Tuhan atas pemergian suaminya, Allyarham Saifullah Mohamad itu.

Katanya pesanan terakhir arwah kepada anaknya Muhammad Hanan Attaqi yang baru berusia 51 tahun itu masih segar dalam ingatannya.

 

HANAN, nanti Hanan besar, Hanan jaga mama tau”

Screenshot 597
Sumber : harian metro

Katanya lagi, dia tidak menyangka ungkapan dianggap gurauan itu adalah petanda suaminya akan meninggalkannya untuk selama-lamanya.

Lebih menyedihkan lagi, hajat arwah untuk mengadakan majlis cukur jambul buat cahaya matanya ini tak kesampaian.

“Arwah pesan kepada bayi kami supaya menjaga saya, dia juga sangat teruja untuk mengadakan majlis cukur jambul dan aqiqah anak sulung kami ini pada awal Disember namun semua itu tidak menjadi kenyataan. Dia juga menghubungi saya setiap hari dan memberitahu yang dia rindukan anak kami serta rindukan saya.” 

Tambah Norina ,arwah suaminya ada menghubunginya sebelum kejadian dan memberitahu akan mengikuti operasi sekatan jalan raya (SJR) selama empat jam namun tak sangka bahawa kata-kata itu sebenarnya ‘ada makna’.

 

“Arwah beritahu saya yang dia akan ikut SJR empat jam saja, lepas balik nanti dia akan tidur untuk berehat, saya tidak sangka ungkapan itu penuh makna, dia pergi tinggalkan kami selama-lamanya.”

Arwah2
Sumber : berita harian

Norlina yang kini sedang dalam cuti bersalin menjelaskan bahawa suaminya seorang yang baik, dienangi ahli keluarga dan rakan-rakan, malah arwah dikatakan jenis suka berjenaka.

Menceritakan kembali saat dimaklumkan mengenai pemergian arwah suaminya pagi semalam Norina berkata, dia dihubungi Timbalan Ketua Balai Polis Johor Jaya yang memintanya supaya kuat untuk menerima berita itu.

Jenazah Saifullah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bakar Bata.

 

Baca :  “Kita harap keputusan adil dan memihak pada arwah” – Keputusan Inkues Keluar Jumaat Ini, Bomba Buat Solat Hajat Buat Adib

Adib

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.