“Kita harap keputusan adil dan memihak pada arwah” – Keputusan Inkues Keluar Jumaat Ini, Bomba Buat Solat Hajat Buat Adib

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Setelah sekian lama menanti, keputusan inkues Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim akan diumumkan pada Jumaat ini (27 September 2019). Akhirnya…

Menurut Sinar Harian, sepasukan anggota dan pegawai Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya bakal mengadakan solat hajat setiap hari bagi memohon pertolongan Allah supaya keputusan inkues ini akan berjalan dengan lancar. 

 

Anggota bomba ‘down’ lepas kejadian menimpa Adib 

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya, Timbalan Penguasa Bomba, Syed Shahril Anuar Syed Sulaiman berkata, pihak mereka juga telah mengadakan solat hajat ini secara berjemaah selepas Maghrib sejak sebulan lalu lagi.

Pasukan bomba memegang jaket dan topi milik Adib | Sumber: Sinar Harian

Malah tidak dinafikan sejak kejadian menimpa Adib itu berlaku, semangat anggota bomba dikatakan agak ‘down’ sedikit daripada selalunya.

“Kita berharap keputusan itu adil dan memihak kepada arwah Muhammad Adib. 

“Saya juga perlu memikirkan cara untuk membangkitkan semula semangat mereka supaya dapat meneruskan tugas.

“Syukur kini mereka sudah boleh ‘move on’ namun kenangan bersama arwah Muhammad Adib akan sentiasa tersemat di hati dan sanubari,” katanya lagi.

Sumber: Sinar Harian

 

Bapa tak tidur lena fikir keputusan, terharu bomba beri sokongan 

Dalam pada itu, keluarga arwah Adib terharu dengan sokongan moral yang mereka terima daripada rakyat Malaysia sehingga kini.

Bapa arwah Adib, Mohd Kassim Abdul Hamid, 63, berkata, beliau sekeluarga mengharapkan doa seluruh rakyat di negara ini agar keadilan buat anak ketiganya dapat ditegakkan.

Sumber: Sinar Harian

Malah katanya lagi, semenjak beberapa hari lalu, mereka sekeluarga tidak dapat tidur lena kerana memikirkan keputusan inkues yang akan diumumkan esok namun sudah bersedia dengan sebarang kemungkinan.

“27 September ini sampai masanya keputusan inkues, kami berharap keputusan itu biarlah adil. 

“Memang saya dimaklumkan tentang usaha itu, malah turut mendapat jemputan untuk sama-sama menghadiri di beberapa tempat di ibu negara tapi saya tak berkesempatan hadir dan mewakilkan kepada ahli keluarga lain yang tinggal di sana,” kata Mohd Kassim.

Sumber: Sinar Harian

Prosiding inkues ini telah bermula 11 Februari lalu dan memanggil 30 saksi termasuk beberapa saksi pakar yang berlangsung selama 41 hari.

Mahkamah Koroner telah menetapkan 27 September ini sebagai tarikh keputusan prosiding inkues selepas meneliti semua keterangan yang diambil daripada saksi sebelum ini.

Semoga semuanya dipermudahkan buat allahyarham. 

Baca: “Keadilan untuk arwah Adib” – Bapa Muhammad Adib Dapat Kebenaran ‘Heret’ Tommy Thomas Ke Mahkamah

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Syaida Ismail

Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!