in

“It’s like a bad dream…” – Penyanyi Popular Indo, Andien Aisyah Kongsi Luahan BCL Mengenai Pemergian Suami

Collage 44

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam, selain keluarga dan teman rapat, ramai juga selebriti yang datang melawat jenazah Ashraf Sinclair di rumah duka.


Dah tentu juga, ramai peminat-peminat BCL yang ternanti-nanti statement penyanyi ini selepas pemergian suami tercinta tapi macam orang lain, dah tentu BCL juga perlukan masa dan ruang untuk berkabung.

Namun semalam, penyanyi popular Andien Aisyah sempat memberikan temubual bersama media di hadapan rumah duka dan mengatakan Ashraf Sinclair pergi dalam keadaan tenang dan tersenyum.

Kepergian Ashraf kalau menurut orang-orang disekitar, memang sangat tenang, sangat bahagia bahkan tersenyum.”

Bila ditanya mengenai keadaan BCL, Andien hanya mampu mengatakan yang rakan seangkatannya ini masih tak banyak bercakap dan masih terkejut dengan pemergian suaminya yang mendadak.

Tak cukup dengan itu, di Twitter, Andien juga kongsikan luahan BCL saat dia memeluk Andien di rumah duka yang dikatakan masih terngiang-ngiang di telinga hingga sekarang.

It’s like a bad dream Ndien… But it’s real.”

Penyanyi popular ini juga sempat meminta orang ramai untuk mendoakan yang baik-baik untuk BCL dan arwah serta terus sabar menunggu BCL memberikan kenyataannya sendiri.

 

Baca: “Aku tengok pun patah hati” – [Video] BCL Menangis Sebelum Tinggalkan Suami Buat Kali Terakhir

Collage 43

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.