in

Istana Negara Jadi Tumpuan Lagi, Ketua-Ketua Parti Politik Bakal Menghadap Agong Mulai Hari Ini

Pm Agong

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mulai hari ini, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dijangka akan memulakan siri menerima menghadap ketua-ketua parti politik secara berasingan di Istana Negara.

Menurut Astro AWANI, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga selaku Presiden Bersatu akan menjadi ketua parti pertama yang menghadap Yang di-Pertuan Agong.


Istana Negara9 1623201882 1

Ia juga seperti mana rutin mingguan setiap hari Rabu, Muhyiddin selaku PM menghadap YDPA untuk menyembah maklum perkembangan pentadbiran kerajaan dan negara sebelum mesyuarat kabinet.

Menurut Bernama, PM telah dilihat memasuki Istana Negara seawal jam 7.50 pagi dan sekitar jam 8.56 pagi, kenderaan rasmi Muhyiddin dilihat beredar meninggalkan Istana Negara selepas selesai sesi menghadap YDPA.

https://www.facebook.com/bernamaofficial/posts/10159608625285555

 

Tiga ketua parti politik lain bakal menyusul lepas Muhyiddin 

Selain Muhyiddin, tiga ketua parti politik lain pula difahamkan akan menyusul namun tidak dapat dipastikan dari parti mana yang akan dipanggil hari ini.

Manakala dua lagi ketua parti akan menghadap YDPA pada Khamis ini dan difahamkan seorang ketua parti lagi pada Jumaat nanti.

Dalam pada itu, Ketua Penerangan Pro-tem Pejuang, Ulya Aqamah Husamudin mengesahkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dijadual menghadap yang di-Pertuan Agong di Istana Negara pada Khamis.

Mahathir 2

Menurutnya, pihak mereka telah menerima surat rasmi tersebut pada minggu lepas tetapi waktu untuk Tun M menghadap masih belum ditetapkan lagi.

Selain itu, Parti Warisan Sabah (WARISAN) termasuk antara parti politik yang akan dipanggil menghadap YDPA di Istana Negara. Presiden Warisan, Datuk Seri Shafie Apdal juga telah mengesahkan menerima surat dipanggil menghadap tiga hari lalu.

Shafie Apdal 14072020

Namun sumber tidak mendedahkan tarikh sebenar beliau dipanggil menghadap.

Jadi kita nantikan apa yang akan berlaku selepas ini. Adakah situasi politik negara ini bakal berubah sekali lagi? 

Baca: “Beliau tak kemukakan senarai nama untuk mengukuhkan dakwaan tersebut” – Istana Negara

Anwar

Sumber: HM
Sumber: TRP
Sumber: Malay Mail

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.