in

“Beliau tak kemukakan senarai nama untuk mengukuhkan dakwaan tersebut” – Istana Negara

121273760 210574470417104 353449455981781060 N

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dalam sidang media, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebentar tadi, beliau telah pun mengesahkan yang dokumen mendapat sokongan majoriti ahli parlimen telah diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong.


Menurut kenyataan media dari Instagram rasmi, Istana Negara mengesahkan Anwar telah mengemukakan jumlah ahli-ahli Dewan Rakyat yang didakwa memberi sokongan namun tak kemukakan senarai nama ahli-ahli Dewan Rakyat tersebut semasa sesi menghadap yang berlansung selama 25 minit itu.

Walau bagaimanapun, beliau tidak mengemukakan senarai nama Ahli-ahli Dewan Rakyat untuk mengukuhkan dakwaan tersebut.”

Ekoran ini, YDPA telah menasihat Anwar Ibrahim untuk akur dan hormat dengan proses-proses perundangan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Seri Paduka Baginda juga sempat menzahirkan kegusaran dan menasihati rakyat supaya berdisiplin dan menjaga kesihatan semasa penularan wabak Covid-19 yang melanda Malaysia ketika ini.

 

Baca: [TERKINI] “Majoriti lebih 120” – Anwar Minta Semua Pihak Beri Ruang Pada Agong Untuk Buat Keputusan

Collage 16

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.