in

Ini Rupanya Sebab Disebalik 3 Sekeluarga Mati Lemas, Rupanya Ambil Racun Tak Tahan Stress?

Racun Mati Lema

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ni, gempar kes tiga beranak dilaporkan mati lemas manakala seorang lagi tak dapat dijumpai di Arau, Perlis. Kes ini nampak macam kes lemas biasa namun, ada sesuatu misteri menyelubunginya hingga buat pihak polis tertanya-tanya apa motif kematian keluarga ni.


Menurut Berita Harian, semuanya bermula apabila tiga mayat sekeluarga yang merupakan seorang bapa, ibu dan anak perempuan jumpai dan dipercayai mati akibat mati lemas di beberapa lokasi berbeza iaitu Sungai Arau, Tambun Tualang dan Simpang Empat.

Lemas 2
sumber: utusan online

 

“Pelik kenapa mereka turun teksi jauh sangat” 

Menurut anak saudara salah seorang mangsa, Norhan Abdullah, dia pada mulanya berasa pelik apabila 4 sekeluarga itu turun dari teksi 3 kilometer dari rumah saudara terdekat sebelum menghilangkan diri.

Normah Pin, 64, Baharom Ahmad, 66 dan anak mereka Norzalina, 35 serta Mohd Zali, 37 tinggal di Sungai Petani, Kedah namun sering pulang ke Kampung Belat Batu untuk melawat saudara mereka.

“Cuma kali ini pelik sedikit sebab mereka turun dari teksi jauh sangat. Anak saya perasan mereka berempat berjalan dan sempat menegur mereka tetapi sekadar tegur dari atas motosikal.

“Itu kali terakhir mereka dilihat. Kami hanya tahu mereka meninggal dunia selepas dimaklumkan orang kampung,” kata Norhan Abdullah.

Lemas 1 1
sumber: berita harian

 

Mangsa keempat yang hilang tiba-tiba dijumpai dan kena tahan?

Namun kes tiba-tiba ada twistnya bila mangsa, Mohd Zali yang dikatakan hilang tu tiba-tiba dijumpai kat Sungai Petani, Kedah. Pulak dah! Musykil dengan apa yang berlaku, pihak berkuasa menahan mangsa untuk siasatan selanjutnya.

Apa yang mengejutkan, mangsa berusia 37 ini buat satu pengakuan yang tak dijangka. Dia dikatakan cuba membunuh diri bersama ahli-ahli keluarganya tersebut. Eh kenapaaa? 

Image 1
sumber: utusan online

 

Minum racun sebelum terjun sungai akibat tak tahan beban hutang

Menurut Ketua Polis negeri Perlis, Senior Asisten Komisioner Noor Mushar Mohd, semua mangsa yang meninggal telah minum racun terlebih dahulu sebelum terjun ke dalam sungai dalam jam 2.45 pagi.

Mohd Zali bagaimanapun, batalkan hasrat untuk membunuh diri dan berenang semula ke tebing sebelum pulang ke Sungai Petani, tempat di mana dia diberkas pada jam 10 malam.

“Kesemua ahli keluarga itu yang datang ke kawasan berkenaan dengan menaiki kereta api dari Sungai Petani, memilih lokasi tersebut kerana merupakan kampung kelahiran kepada ibunya yang berusia 64 tahun.

“Motif membunuh diri adalah disebabkan ekoran tekanan perasaan akibat masalah hutang,” kata ketua polis.

Image 3
sumber: kosmo!

Walau bagaimanapun, anak sulung bagi keluarga malang ni telah pun ditahan reman selama 4 hari. Dia kini disiasat mengikut Seksyen 309 Kanun Keseksaan kerana cubaan bunuh diri dan Seksyen 35(e) Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 kerana menyembunyikan kematian.

Apapun masalah yang dihadapi, janganlah ambil jalan yang singkat dengan membunuh diri. Carilah teman yang boleh berkongsi masalah dan luahkan perasaan tertekan.

Baca: Bapa Tinggal Nota, Suruh Anak Kutip Mayat Lepas Bunuh Diri di Publika

Mayat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.