in

“Ingin kecam saya, silakan” – Ellie Suriati Gesa Kerajaan Kenakan Lesen Untuk Pemilik Saluran Youtube

Ellie Suriati

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru kecoh beberapa minggu lepas tentang isu kerajaan ingin mewajibkan penerbit filem dan pengguna media sosial yang memuat naik video di pelbagai platform supaya mendapatkan lesen FINAS, hari ini muncul pula isu baru.


Menurut Malaysiakini, pelakon dan pengarah, Ellie Suriati Omar telah mencadangkan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) untuk melakukan penambahbaikan terhadap Akta Perbadanan Kemajuan Nasional Malaysia (Finas) 1981 selaras dengan perkembangan teknologi hari ini.

Antara penambahbaikan yang perlu disegerakan ialah dengan mengenakan lesen untuk pemilik saluran YouTube kerana golongan tersebut menjana pendapatan lumayan daripada platform berkenaan.

Eeyoe8Du8Aal21V

“Kami mahu akta baru yang lebih kukuh dan boleh membawa kebaikan menyeluruh kepada pelakon, penerbit, royalti dan muzik.

“Antara penambahbaikan itu, menteri diseru melaksanakan lesen pengguna YouTube kerana mereka berjaya dengan kandungan kreatif disiarkan,” katanya.

Sedia maklum bahawa dia akan dikritik atas saranan tersebut, Ellie walau bagaimanapun tidak kisah kerana tidak tahan melihat penggiat seni sering menjadi mangsa keadaan.

“Sekiranya mereka ingin mengecam saya, silakan. Kami ada alasan tersendiri kenapa menggesa kerajaan untuk melaksanakan lesen tersebut.

“Kenapa tidak kamu (pemilik saluran YouTube) membayar lesen? Tak suka saya cakap macam tu? Dah tu, kamu hasilkan kandungan kreatif,” katanya.

5385621Ab25Ab792C064Dba5Ca989E5B

Tambah Ellie lagi, perkara yang paling dikesalinya ialah terdapat pemilik saluran YouTube yang menggunakan kemudahan itu untuk mengkritik filem tempatan hingga menjejaskan jumlah kutipan tayangan.

“Ia mengakibatkan kerugian besar kepada penerbit, pengarah dan juga kru produksi kerana tiada orang mahu menonton filem kami selepas ia digelar produk sampah.

“Industri kita bukan macam Hollywood, 10 peratus saja penggiat filem yang kaya dan selebihnya kategori B40,” katanya lagi.

So apa pendapat korang? Setuju ke tidak? 

Baca: “Pada 1981, tiada langsung TikTok Youtube” – Menteri Multimedia Jawab Isu Perlesenan FINAS

Saipudin

Sumber: Twitter
Sumber: MalaysiaKini

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.