in

“Pada 1981, tiada langsung TikTok Youtube” – Menteri Multimedia Jawab Isu Perlesenan FINAS

Page 55

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semasa persidangan Dewan Rakyat pagi semalam (23 Julai), Menteri Komunikasi dan Multimedia, Saifuddin Abdullah ada menjawab pertanyaan yang diajukan oleh Wong Shu Qi (PH-Kluang) ketika dia bertanya apakah wajib bagi mereka yang mengambil bagian dalam produksi filem untuk memohon Lesen Pengeluaran (termasuk platform media sosial seperti TikTok, Youtube dan Instagram TV).


Saifuddin memetik undang-undang yang sudah termaktub untuk memberi keterangan mengenai kenyataannya sebelum ini memandangkan isu tersebut  telah menjadi perhatian Anggota Parlimen dan netizen lain.

Ini kerana ia tidak dijelaskan samada perlaksanaan itu jika platform media sosial juga perlu mendapatkan lesen, di mana pemohon harus menyediakan modal pembayaran sekitar RM50,000 untuk mendapatkan lesen tersebut.

Malam tadi, FINAS menerusi laman Facebook ada mengeluarkan kenyataan rasmi untuk memperjelas masalah pelesenan untuk filem.

Ada banyak laporan yang “memberikan gambaran yang tidak tepat dan membawa makna yang berbeza dengan apa yang saya maksudkan dalam jawapan saya.” – Menteri Komunikasi dan Multimedia, Saifuddin Abdullah,

Beliau juga ada  menjelaskan tentang undang-undang (Akta Perbadanan Pembangunan Filem Nasional Malaysia tahun 1981 dan Akta 244) yang digunakan oleh pemerintah sebelum ini, termasuk Barisan Nasional dan Pakatan Harapan..

Beliau turut mengatakan bahawa pada tahun 1981, teknologi pada masa itu tidak mempunyai platform media sosial seperti TikTok atau Youtube tetapi Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia mengakui bahawa Akta ini perlu ditambahbaik.

Katanya lagi, pihaknya tidak berniat untuk menyekat kebebasan peribadi individu dalam media sosial.

Baca penjelasannya disini…

Kenyataan media YB Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia bertarikh 23 Julai 2020.Tajuk : Penjelasan Isu Lesen Perfileman FINAS

Posted by FINAS Malaysia on Khamis, 23 Julai 2020

 

Disebabkan itu, KKKM terbuka untuk menerima apa-apa cadangan dalam memperbaiki bukan sahaja akta dibahaskan malah semua undang-undang dibawah pengawasan KKKM.

 

Baca : “Takkan nak buat video anak pun kena mintak lesen?” – Rakaman Filem Termasuk TikTok & Instagram Perlu Lesen

Lesen

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.