in

Ingat Lagi ‘Makcik Petir’ Bermulut Becok? Kasihan Kini Diuji Potong Kaki, Bertarung Dengan Penyakit Kencing Manis

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bagi mereka yang selalu tonton drama daripada produksi Radius One, korang mesti kenal dan adore gila-gila dengan keletah Makcik Petir atau Noryati Taib ni kan. Yelah dengar dia bukak mulut je korang mesti rasa nak gelak sebab dia sangat power bila membebel ni.


Tapi sejak akhir-akhir ni ramai perasan Makcik Petir dah kurang keluar TV dan pengarah Shahrulezad Mohammedin tak lama dulu ada cakap yang Noryati jatuh sakit. Namun admin sangat terkejut hari ni bila lihat post Instagram pelakon Azhan Rani berkenaan Makcik Petir ni.

 

“Kini beliau diuji dan sebelah kakinya terpaksa dipotong. Sekarang sudah mampu berjalan dengan kaki palsu” 

Allahu… tidak admin sangka yang Noryati kini sedang bertarung dengan penyakit kencing manis hingga menyebabkan kakinya terpaksa dipotong. Menurut Azhan Rani di Instagram, Noryati kini sudah pulih sedikit dan mampu berjalan walaupun menggunakan kaki palsu.

Lebih menarik katanya, Makcik Petir kali ini akan muncul dalam Nur 2 bersama Syafiq Kyle dan Amyra Rosli. Wataknya juga lain dari sebelum-sebelum ni.

View this post on Instagram

alhamdulillah.. syukur kepada Allah yang memberikan kesempatan ini.. perhatikan sosok tubuh ni walaupun dah makin kurus tak macam yang selalu kita biasa tengok di kaca tv dulu tapi masih mampu tersenyum.. inilah @makuda_yati kali terakhir 2 tahun sudah kami bekerjasama dalam drama ramadhan berjudul #budakijat.. saat itu beliau masih gagah lagi walaupun sedang bertarung dengan penyakit kencing manis.. kini beliau diuji dan sebelah kakinya terpaksa dipotong dan sekarang sudah mampu berjalan dengan kaki palsu.. yang merindukan @makuda_yati di kaca tv jangan lepaskan menonton #nur2 nanti.. kali ini watak beliau lain dari yang lain.. lupakan makcik petir.. persembahan dia kali ni lain dan sangat menyengat.. saya berkesempatan tonton sedikit priview scene beliau.. tak banyak scene kami bersama dalam #nur2 ini.. namun hari ni dapatlah melepas rindu.. mohon yang menyayangi @makuda_yati ini sama2 doakan beliau terus ceria, kuat dan terus tabah menjalani hari2 beliau.. dan semoga mampu terus melepaskan rindu dan mencurahkan bakat beliau dalam drama tv dan filem.. semoga juga ketabahan dan ujian beliau menjadi ingatan dan panduan untuk kita agar mampu setabah dia andai tiba giliran kita diuji nanti.. we love you @makuda_yati ❤️❤️❤️ #tunggu #nur2 #arahan @budakijat @dramaradiusone @radiusone_official #akandatang @tv3malaysia @eyra.hazali

A post shared by Azhan Rani (@azhan_rani) on

 

“Mak Uda nampak kurus sangat sekarang. Mak Uda sihat? Saya rindu sangat Mak Uda berlakon” 

Meskipun Noryati yang juga dikenali sebagai Mak Uda ni tak berapa aktif di Instagram, setiap posting beliau mesti dapat perhatian netizen. Terbaru Noryati memuat naik beberapa gambar behind the scene Nur 2 yang mengubat rindu peminat-peminatnya.

View this post on Instagram

Nur 2

A post shared by noryati taib (@makuda_yati) on

View this post on Instagram

Nur 2

A post shared by noryati taib (@makuda_yati) on

Antara komen netizen kepada Makcik Petir. Sangat menyentuh hati…

Sumber: Instagram

Apa-apapun admin mendoakan semoga Noryati Taib aka Makcik Petir ini sihat selalu dan sembuh daripada penyakitnya. Tak sabar nak menonton Nur 2 nanti di kaca TV. 

Baca: “Wujud sebenarnya watak Ustaz Hamadi dalam dunia realiti”

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.