Lumrah pada musim perayaan di negara yang berbilang kaum ini akan ada kemeriahan dengan dentuman mercun pada waktu tengah malam. Bagi jiran tetangga, ada yang baik-baik sahaja dengan situasi ini kerana ianya hanyalah setahun sekali.
Namun begitu, dalam kes yang tengah viral di TikTok ini, ia agak keterlaluan. Seperti yang kita sedia maklum, sambutan perayaan Deepavali baru sahaja berlalu dan satu kawasan perumahan ini tidak ketinggalan dengan bunyi dentuman mercun.
Artikel Berkaitan : 2 Kilang Mercun Di Thailand & India Meletup Pada Hari Yang Sama, 19 Maut
Artikel Berkaitan : Terkejut Dengar Bunyi Mercun, Bayi Usia 38 Hari Meninggal Dunia
Bagaimanapun, dikatakan bunyi dentuman mercun itu berlarutan sehingga ke awal pagi. Menurut pemilik video, ada individu yang bermain mercun sehingga jam 5 pagi sampaikan polis terpaksa turun padang. Ia sekaligus telah mengganggu ketenteraman jiran tetangga yang mahu tidur terutamanya mereka yang ada bayi kecil.
“Orang nak tidur pun susah, pukul 3 pagi orang masih diam bagi kau peluang, tapi dah sampai pukul 5 pagi, kau memang cari pasal.”
“Kesian kat budak-budak kecil nak tidur tak boleh, cuba lah berfikir pakai otak. Kau bukan duduk dalam hutan.”
@mxhafizam kesian kat budak² kecik nak tidur tak boleh . cuba la berfikir pakai otak . kau bukan duduk dalam hutan . ?
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen bersependapat dengan pemilik video yang mengatakan bahawa tindakan itu dilihat agak keterlaluan biarpun pada jam 3 pagi.
Tapi ramai pula yang geli hati dengan suara latar belakang makcik-makcik dalam video tu tengah membawang,
Nak main mercun tak salah tapi hormatilah penduduk setempat. Jangan sampai orang terganggu dengan perbuatan kita.
Sumber : TikTok