in

Terkejut Dengar Bunyi Mercun, Bayi Usia 38 Hari Meninggal Dunia

Bayi Meninggal Dunia Sebab Terkejut Bunyi Mercun

Gara-gara terkejut dengar bunyi mercun pada malam raya pertama, seorang bayi perempuan berusia 38 hari di Gresik, Indonesia dilaporkan meninggal dunia.

Menurut Detik, bayi tersebut merupakan anak kedua daripada pasangan suami isteri bernama Nur Hasim dan Nur Faizah dari Jatirembe, Benjeng, Gresik.

Ibu saudara kepada bayi berkenaan memberitahu, kejadian ini berlaku pada Sabtu (22 April 2023) sekitar jam 7 petang ketika kedua-dua ibu bapa mangsa sedang berehat di dalam bilik mereka.

Bayi Meninggal Di Gresik 169

Tiba-tiba kedengaran bunyi mercun yang sangat kuat sehingga bayi tersebut terkejut dan mata kanannya tertutup sebelah serta lidahnya terbalik ke atas.

Bayi itu kemudian dikatakan telah menangis dan sejurus itu diberi susu oleh ibunya. Namun kerana keadaan lidahnya yang terbalik membuatkan bayi tersebut agak susah untuk meminum susu.

Khuatir keadaan semakin memburuk, ibu bapa bayi membawanya ke klinik, bidan hingga ke Rumah Sakit Denisa di daerah Bunder,” kata ibu saudara bayi itu bernama Nufus.

Suasana Duka Kediaman Bayi Meninggal Dunia Usai Kaget Dengar Ledakan Petasan Di Gresik 1 169
Keluarga mangsa

Namun dek kerana tidak mempunyai ventilator, keluarga mangsa kemudian telah membawa bayi itu ke Rumah Sakit Muhammadiyah Lamongan pada hari Rabu (26 April 2023).

Di sana bayi itu dimasukkan ke dalam ICU kerana koma. Berdasarkan hasil CT Scan, dapat dikesan bahawa pembuluh darah di bahagian otak mangsa telah pecah.

Menurut doktor, penyebab pembuluh darah yang pecah itu kerana hentakan yang kuat pada kepala, namun kata Nufus bayi itu tidak pernah terhentak di mana-mana.

Setelah diberitahu bahawa bayi itu tidak pernah terhentak, doktor memberitahu bahawa pecahnya pembuluh darah otak juga boleh disebabkan keadaan terkejut yang luar biasa,” katanya lagi.

Selepas 6 hari menerima rawatan di hospital, bayi itu kemudian dilaporkan meninggal dunia pada 27 April lepas jam 10 pagi. Innalilah… 

“Intracranial bleed disebabkan bunyi kuat” 

Berita tersebut telah mendapat perhatian netizen di Malaysia yang mana rata-rata berharap mereka di luar sana berhenti bermain mercun di waktu malam dengan bunyi yang kuat.

Dr Azman Abdullah menerusi Twitter juga ada menjelaskan bahawa pendarahan yang dialami bayi itu adalah intracranial bleed iaitu pendarahan di dalam otak yang disebabkan bunyi kuat akibat mercun dan bunyi pintu yang dihempas.

Kes seperti ini juga sering kali berlaku dan bayi premature (lahir tidak cukup bulan) antara yang berisiko alami pendarahan ini.

Takziah kepada keluarga mangsa. Al Fatihah… 

Baca: Kematian Bayi Berusia 19 Bulan Di Kelantan Disebabkan Oleh ‘Severe Dehydration’, Bukan Strok Haba – KKM

Bayi

Sumber: Detik
Sumber: Detik