in

“If u terus makan may lead to usus berlubang”- Lelaki Kongsi ‘Mimpi Ngeri’ Lepas Makan Ayam Spicy McD

Featured 44

Rakyat Malaysia ini boleh dikatakan pantang ada ‘trend’ baru pasti nak cuba, iyelah siapa nak ketinggalan mencuba sesuatu yang baru kan?

Namun apa yang dilalui lelaki ini adalah sebaliknya.

Husaini Abu Bakar dalam perkongsiannya di facebook semalam, ada bercerita mengenai keadaanya yang ‘lembik’ selepas menikmati ayam goreng McD sehingga dia terpaksa mendapatkan rawatan dari doktor sebab…

https://www.facebook.com/encik.monyek.7/posts/349180649332585

 

Lembik Bangsai keluar masuk jamban. Cilake punya ayam McD! Ayam takde lah pedas mana, tapi tak sesuai dengan perut. Pergi jumpa Doktor terus doktor marah.

“This is another level of junkfood, bukan natural cili atau lada yang awak makan dari pokok tu.. if u terus makan may lead to usus berlubang or kecederaan pada usus awak. Boleh buasir!”

Dengar kata Doktor macam tu, mengucap panjang aku. Soalan aku pada warganet,

Aku yang lemah ke atau ayam ni yang gila babas?

 

Tak boleh makan kenapa makan? Kan dah bagitau ‘Eat At Your Own Risk’

Sejak posting ini dimuatnaik semalam, sehingga kini ia mendapat lebih 3 ribu perkongsian di facebook.

Rata-rata netizen ada yang menyokong, malah ada juga yang mengecam lelaki ini, lagipun kata mereka Mcd dah tulis awal-awal ‘Eat At Your Own Risk’.

1 20

3 13

2 14
Sumber: facebook

Bagi admin kita tak boleh tolak kemungkinan yang sesetengah daripada kita mempunyai perut yang sensitif.

Malah admin rasa niat lelaki ini hanyalah untuk berkongsi dan memberi peringatan kepada mereka di luar sana yang berkemungkinan akan menghadapi masalah sama sepertinya.

 

Pucuk pangkal diri sendiri betul tak? Kalau rasa okay, makan lah. Kalau rasa pedas sangat, makan lah ayam goreng yang kurang pedas. Pilihan kat tangan korang.

Baca : Pedas nak mampus anjirrrr- Netizen Terhibur Dengan Cerita Lelaki Ni Pasal Dia Makan Ayam McD 3x Spicy

Anjir