in

“Husnudzon mungkin dia nak tengok Anugerah Meletop” – Wanita Bengang Sikap Pakcik Halau Jemaah Keluar Masjid, Nak Cepat-cepat Tutup Pagar

Halau Solat

Korang pernah tak ada pengalaman apabila habis je solat Isyak, terus kena cepat-cepat keluar masjid sebab pakcik yang jaga masjid tu nak kunci pintu pagar on time? 

Baru-baru ni, seorang wanita kongsi pengalamannya alami situasi yang sama apabila terpaksa keluar secepat mungkin daripada masjid sebaik habis solat Isyak gara-gara seorang pakcik ingin menutup pagar ‘Rumah Allah’ itu secepat yang mungkin. 

 

“Tak pernah seumur hidup aku rasa nak maki orang tua. But this pakcik tua deserve it” 

Menerusi perkongsian wanita bernama Khairunnisa di Twitter, apa yang membuatkan dia bengang gila dengan pakcik tu ialah ketika dia sedang solat, lelaki tersebut sudah pun tutup kipas dengan lampu dengan tiba-tiba. 

Tak cukup dengan tu, baru je dia beri salam, terus si Khairunnisa ni kena sound suruh cepat sikit bersiap sebab dia nak tutup pintu dah. Uish pakcik ni rush-rush nak ke mana eh? 

Pakcik 1

D4Rizfou4Aacpke

Pakcik 2
sumber: twitter

 

“Nak solat jangalah menyusahkan orang!” 

Pakcik 3
sumber: twitter

 

“Sebab orang-orang macam kau lah, anak-anak muda tak mengimarahkan masjid” 

Pakcik 4

D4Rr Qnu4Ae95W7
sumber: twitter

 

“Ni mesti spesis AJK masjid tu dia punya” 

Rata-rata netizen yang membaca luahan ini pun sama-sama rasa sakit hati dengan pengadu. Bab solat ni kalau orang ganggu kekushukan kita, memang kita akan marah.

Tapi ramai juga yang cuba husnudzon, mungkin lelaki terbabit rushing nak buat sesuatu kot. Macam contoh nak tengok Anugerah Meletop Era semalam ke… nak tengok drama Nur 2 ke… haa agitu! 

Pakcik Got Chilli
sumber: twitter

Tak sangka admin masih wujud lagi golongan AJK surau atau masjid yang berperangai macam ni. Harap mereka berubahlah demi kebaikan masyarakat. 

Baca: “Apa salah saya?” – Disangka Pencuri, Pemuda Dibelasah Gara-Gara Masuk Masjid Lewat

Masjid