in

Heret Suspek Kes Bunuh Siti Surya Ke Sungai, Khidmat Polis Marin Digunakan Untuk Selam Cari Bahan Bukti?

Surya Kes

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Jika beberapa hari lalu, pihak polis melaporkan mereka telah menjumpai pisau yang menjadi bahan bukti kes pembunuhan Siti Nur Surya Ismail, 19, di tepi lebuhraya.


Namun, semalam pula posting Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga menimbulkan tanda tanya netizen.

Menerusi posting di Facebook tersebut, Unit Selam Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga dilaporkan telah membantu Jabatan Siasatan Jenayah Kontinjen Terengganu untuk mengesan barang kes yang dipercayai telah dibuang ke dalam sebuah sungai dekat Telemong, Terengganu. 

UNIT SELAM PPM W3 BANTU JSJ IPK TERENGGANU KESAN BARANG KES BUNUHKUALA BERANG 09 NOVEMBER 2020 – Unit Selam Pasukan…

Posted by Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga on Monday, November 9, 2020

 

Selain daripada itu, suspek utama yang membunuh Siti Surya juga dilihat berada di tempat kejadian berpakaian lokap warna oren dipercayai dibawa ke lokasi bahan bukti dibuang bagi membantu siasatan tersebut.

UNIT SELAM PPM W3 BANTU JSJ IPK TERENGGANU KESAN BARANG KES BUNUHKUALA BERANG 09 NOVEMBER 2020 – Unit Selam Pasukan…

Posted by Hero tv on Monday, November 9, 2020

 

Sehingga setakat ini, pihak polis masih belum memberi kenyataan rasmi berhubung update terbaru kes tersebut.

Apa-apapun marilah kita berdoa semoga segala kekusutan di dalam kes ini akan terungkai tidak lama lagi. 

Baca: “Petunjuk baru” – Polis Temui Pisau Dipercayai Milik Suspek Bunuh Siti Nur Surya Tepi Lebuhraya

Pisau

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.