in

“Petunjuk baru” – Polis Temui Pisau Dipercayai Milik Suspek Bunuh Siti Nur Surya Tepi Lebuhraya

2Pisau

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pisau yang dipercayai telah digunakan suspek dalam satu kes pembunuhan Siti Nur Surya Ismail, 19, telah dijumpai di tepi lebuh raya Telemong semalam.


Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu Deputi Superintendan Mohd Adli Daud berkata, senjata berkenaan dipercayai diambil suspek di rumah mangsa dan digunakan sebagai senjata untuk membunuh pada Ahad lalu.

Screenshot 2020 11 07 At 12.57.49 Pm

Menurut laporan Sinar Harian yang memetik kata-kata Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, pisau pemotong sayur tersebut dibuang di tepi lebuh raya Telemong yang dianggarkan kira-kira tiga hingga empat kilometer dari rumah mangsa. Pisau berkenaan dijumpai pada hari ketiga selepas kejadian.

Sebelum itu, kejadian tragis yang meragut nyawa Siti Nur Surya berlaku pada 1 November ketika mangsa sedang menjaga ibunya yang terlantar akibat kanser otak. Mangsa ditemui mati dengan kesan tetakan pada badan di samping putus tangan kiri dipercayai dibunuh rakan baiknya di Kampung Lubuk Batu, Telemong. Mayat mangsa ditemui adik perempuannya yang berusia 15 tahun semasa pulang dari sekolah kira-kira 2.30 petang.

 

Baca: “Jangan sebar berita tak sahih” – Bapa Nafi Gelang Tangan Siti Surya Dicuri, Emosi Keluarga Kini Terganggu

Screenshot 2020 11 07 At 12.54.22 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.