in

“Hebat dia punya penangan!” – Gara-gara Dr Maszlee Puji ‘Raatchasi’, Pelakon Filem Tamil Jyotika Sampai Kirim Surat Rasmi!

Filem Tamil Jyotika

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hebat betul penangan filem Tamil Raatchasi ni!


Kalau tak lama dulu, Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik ada mengeluarkan kenyataan bahawa dia sangat terinpirasi dengan filem tersebut kerana ia menterjemahkan aspirasinya mengenai pendidikan negara.

Pujian tersebut akhirnya sampai ke telinga suami pelakon utama filem tersebut, Suriya Sivakumar dan produksi filem Raatchasi di India. Wahhh! 

Raatchasi Keyart 500
sumber: gsc

 

‘Geetha Rani’ kirim surat kepada Dr Maszlee Malik 

Menerusi perkongsian Twitter Suriya, dia telah menyertakan surat 2 halaman yang ditujukan khas buat Menteri Pendidikan kita.

Intipati surat tersebut ialah untuk mengucapkan ucapan penghargaan buat Dr Maszlee daripada pihak produksi sendiri dan Jyotika selaku pelakon utama filem tersebut. 

Saya sangat tersentuh dengan penghargaan yang ditunjukkan sekali gus menjadikan mesej dan teladan dalam Raatchasi dibawa ke peringkat global,” kata Jyotika.

Actress Jyothika Raatchasi Movie Stills Hd 0791D72
sumber: cinema express

 

“Sampai pelakon pun respon… hebat penangan!” 

Rata-rata netizen di Malaysia begitu teruja dengan respon yang diberikan pelakon utama filem terbabit dan pihak produksi yang terlibat.

Pujian yang diberikan Dr Maszlee dan Jyotika ini dianggap sinar baru bagi perubahan dalam sistem pendidikan negara.

Pelakon
sumber: facebook
Tonton 6
sumber: twitter

Bagi sesiapa yang tak tengok lagi tu… boleh lah tonton filem Raatchasi ni ye. Min dah tengok! Serius menarik! 

Baca: 8 Babak Filem Tamil Paling Tidak Masuk Akal

Tamil

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.