in

8 Babak Filem Tamil Paling Tidak Masuk Akal

M1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Filem Tamil sememangnya terkenal dengan aksi-aksi lawan watak baik dan jahat. Setiap babak pertempuran sering menjadi perhatian apabila unsur hiperbola diketengahkan. Apa yang lebih menjadi bualan adalah kerana babak-babak yang dilakonkan tidak masuk akal dan mustahil.


Pelbagai babak menjadi viral di media sosial, kali ini kami kongsikan 8 babak filem tamil paling tidak masuk akal. Lawak gila wehhhh!

 

1. Pisang = Pisau

Dalam banyak-banyak babak, ini babak yang kami rasakan paling tidak masuk akal. Seorang pegawai polis menggunakan buah pisang sebagai senjata untuk membunuh penjahat. Memang tak masuk akal! Hahahaha.

Banana

 

2. Kuda Ajaib

Di dalam babak ini, hero filem menunggang kuda sebelum hampir berlanggar dengan sebuah treler panjang. Tetapi perlanggaran tidak berlaku, sebaliknya kuda dan hero itu melalui laluan bawah treler dan bergesel atas jalan raya. Tak tercedera pulak tu! Wow!

Kuda

 

3. Cengkaman Terkuat di Dunia

Tiada polis di dunia yang akan dapat melawan kehebatan dan kebolehan polis di dalam filem ini. Kenapa? Kerana beliau mempunyai cengkaman punggung yang paling kuat sekali. Tak percaya, tengok lah!  Gam apa dia pakai ehh?

Butt Grip

 

4. Penderma Organ

Babak paling tidak logik di dunia, inilah dia. Ketika pertempuran, seorang lelaki dilibas di bahagian belakang badan sehingga menyebabkan jantungnya terkeluar. Satu lagi babak menunjukkan pembedahan jantung sedang berlaku dan jantung lelaki itu tadi terpelanting sehingga ke hospital dan terus menuju ke bilik pembedahan. Bukan itu sahaja, jantung itu kemudian menjadi jantung baru kepada pesakit di hospital itu. Mak aihhhh!

Operation

 

5. Kereta Terbang 

Kalau betul babak ini berlaku dalam dunia realiti, memang hebat! Seorang lelaki dilihat keluar dan terjun dari kenderaan di sebuah kawasan pergunungan. Lebih dahsyat lagi, kereta itu terus terbang ke udara sebelum berlaku perlanggaran dengan helikopter. Taktau pulak kereta dekat India boleh terbang…

Helikopter

 

[sociallocker id=1666]

6. Polis Paling Bergaya

Anda berani keluar dari kereta yang sedang bergerak? Lelaki ini berani! Siap keluar dengan penuh bergaya lagi mengacukan pistol. Dia kemudian menembak tayar kereta yang dipandu penjahat itu sebelum terbang ke udara melepasinya dan terus menarik keluar penjahat berkenaan. Dahsyat beb!

Too Good

 

7. Badang 2.0

Watak ini lebih sesuai diberi jolokan nama badang. Hanya dengan tumbukan ‘manja’ orang yang ditumbuk melambung dan melayang di udara sebelum terhentak di sebuah bas. Pecah wehhh tingkap bas tu. Perghhhh!

Hercules

[/sociallocker]

 

8. Nyalakan Rokok Guna Pistol

Siapa perlukan lighter untuk nyalakan rokok? Rajinikanth hanya menggunakan pistol je beb! Bukan itu sahaja, aksi membaling rokok dan menembaknya ketika rokok terbang di udara tu memang style! Jangan tiru aksi ini di rumah….

Rokok

Kalau korang tak gelak tak tahu lah….

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.