in

“Hati seorang ayah terguris” – Kecoh Isu Pasal Anak, Netizen Tinggalkan Komen Sokongan Di IG Norman Hakim

Norman Hakim Sedih Anak Marissa

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hangat diperkatakan kini mengenai anak perempuan pelakon Norman Hakim dan Abby Abadi, Marissa Dania Hakim yang dikatakan telah bernikah dengan Ahmad Aslam di Songkhla, Thailand pada 27 Disember tahun lalu.


Susulan tularnya kisah itu, pelbagai komen negatif dilemparkan kepada Marissa atas tindakannya yang didakwa berkahwin dengan suami orang dan ibu bapanya juga menerima tempias yang serupa.

Artikel berkaitan: Norman & Abby Tak Restu Perkahwinan Marissa, Dakwa Desak Untuk Bercerai

Artikel berkaitan: “Riak muka tenang, air mata langsung tak ada” – Kakak Dedah Misya Dapat Tahu Sehari Sebelum Pulang Umrah

Norman Hakim kongsi video bersama anak, netizen tinggal komen sokongan 

Pun begitu, awal pagi ini, Norman Hakim dilihat telah berkongsi video bersama anak-anaknya yang sedang bersiap-siap untuk pergi sekolah sebelum bercuti panjang untuk sambutan perayaan Tahun Baru Cina.

Norman juga dilihat sedang berdoa dengan anak-anaknya, makan pagi bersama dan sempat melihat mereka menaiki kereta untuk dihantar ke sekolah.

“Baik Norman atau Abby, mereka dah bagi yang terbaik untuk anak-anak mereka” 

Video yang dikongsikan di Instagram itu telah mendapat pelbagai komen daripada netizen yang meluahkan rasa simpati atas apa yang berlaku kepada Marissa.

Rata-rata mendoakan agar baik Norman mahupun Abby kuat dalam menghadapi dugaan dan dapat menduga kesedihan di sebalik air muka Norman di dalam video itu.

Norman Hakim

Kita doakan yang baik-baik sahaja buat keluarga mereka. Semoga diberikan kekuatan untuk hadapi dugaan ini. 

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.