in

“Habis duit saya dia kerjakan” – Suami Sebak Bank Account Dari RM90 Jadi RM13.50 Lepas Isteri Shopping Sakan Sale 11.11

Bank 90

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ni, sale kaw-kaw sempena tarikh 11.11 telah menarik perhatian ramai netizen termasuklah admin sendiri untuk membeli-belah di platform macam Shopee, Lazada, Shopback dan macam-macam lagi lah!


Ecd2D596B22D552A1392C5Aae00C9883
sumber: blog

Haa bukan senang kan nak dapat barangan dengan harga 50-90% lagi murah dari asal! Tapi kalau korang tengah sesak dari segi kewangan tu, admin rasa eloklah korang shopping berpada-pada sebab takut jadi macam si suami malang ni.

 

“Dalam bank saya ada RM90 kini hanya tinggal RM13.50” 

Menerusi perkongsian di Facebook Kisah Rumah Tangga, seorang suami meluahkan rasa hiba dan sebak di hatinya apabila isteri yang disayangi telah bershopping sakan sempena sale 11.11 menggunakan akaun banknya.

Lagi teruk, si suami ni tak tahu menahu isterinya guna akaun bank dia untuk bershopping tu sampai wang dalam bank yang ada RM90 terus jadi RM13.50! Aduimakkk… 

Salam admin. Isteri saya baru je beli belah sempena sale 11.11 dalam lazada menggunakan bank saya. Dia shopping tanpa…

Posted by Kisah Rumah Tangga on Tuesday, November 12, 2019

 

“Tak salah nak shopping tapi tengoklah kemampuan suami” 

Rata-rata netizen yang membaca posting ni kebanyakannya bersimpati dengan nasib si suami tu sebab kita manalah tahu kot-kot suaminya ini orang susah dan wang banyak tu je ada dalam akaun kan.

Sepatutnya si isteri kenalah bertimbang rasa dan bertanya dengan suami dulu kalau berkaitan bab duit ni. Mau tak stress baru awal bulan dah kering akaun jadi RM13.50!

Berduit
sumber: facebook

 

“Redo jela, bukan selalu… moga wang yang dibelanjakan oleh isteri tu, Allah taala akan gandakan rezeki” 

Walau bagaimanapun, ada juga netizen yang berpendapat tak salah kalau takat nak spend RM80 je untuk isteri. Amaun tu tidaklah banyak mana dan Tuhan akan gantikan dengan rezeki yang lebih banyak dari sekarang. Hmmm…

Rejeki
sumber: facebook

Apa-apapun admin doakan si suami tabah dalam hadapi dugaan ni. Kalau kita diletakkan kat tempat suami dia pun, mesti susah hati kan sebab duit dalam bank ada RM13.50 je. Lambat lagi nak dapat gaji ni. 

Baca: “Kalau gitu baik takyah tunggu sale” – Suami Cuba Bunuh Diri Bila Tengok Isteri Shopping 11.11 Sampai RM170K

Bunuh

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.