in

Gara-gara Najis Merpati Masuk Rumah, Wanita Diserang Jiran Dengan Sabit Sampai Berdarah Muka

Najis

Gara-gara najis burung merpati masuk rumah, tak pasal-pasal jiran pulak yang kena sabit sampai muka cedera dan berdarah.

Inilah situasi yang berlaku kepada dua orang jiran apabila salah seorang daripadanya sedang membasuh najis burung merpati di kawasan rumah, namun air basuhan tersebut telah masuk ke dalam laman rumah suspek.

Suspek yang tidak berpuas hati dengan kejadian itu akhirnya berperang mulut dengan jirannya yang berusia 52 tahun. Namun perang mulut tersebut bertukar menjadi sesuatu di luar kawalan apabila suspek mula mengacukan sebilah sabit ke arah jirannnya, lapor Sinar Harian.

Mangsa 1

Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd Samad,  kejadian tersebut berlaku pada Isnin lepas sekitar jam 4.10 petang di Taman Permatang Tinggi Indah, Bukit Mertajam.

Pergaduhan itu disedari anak perempuan lelaki berkenaan berusia 27 tahun sebelum dia bertindak menyelamatkan bapanya.

“Namun disebabkan pergelutan yang berlaku sabit tersebut terkena di bahagian pipi sebelah kirinya. Melihat mangsa yang tercedera suspek kemudian terus bertindak melarikan diri,” katanya.

Pihak polis yang menerima laporan insiden berkenaan daripada bapa mangsa kemudian bergegas ke tempat kejadian dan hasil pemeriksaan menemui sebilah sabit di hadapan rumah mangsa.

1038895

Mangsa pula dikejarkan ke hospital swasta di Bagan, Butterworth untuk mendapatkan rawatan dan kini dalam keadaan stabil.

“Polis kini sedang mengesan suspek berusia 42 tahun yang juga seorang peniaga.

“Siasatan lanjut masih diteruskan dan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan,” katanya lagi.

Uish kalau ya pun marah janganlah sampai mencederakan orang. 

Baca: “Nak gaduh, jangan la kacau org nak makan” – [Video] Lelaki Mengamuk Di Restoran Sampai Kacau Pelanggan Lain Makan?

Makan

Sumber: Sinar Harian
Sumber: Sinar Harian