in

Gamer Profesional US Sanggup Masuk Islam & Kahwini Pembantu Domestik Filipina Lepas Cinta Berputik Semasa Main RPG Online

Gamer

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ada sebabnya kenapa Allah tetapkan jodoh manusia itu misteri. Kadang-kadang kita tak terduga rupanya orang kita cari tu ada di depan mata cuma cara Tuhan nak temukan kita dengannya tu memang sangat unik!


Baru-baru ni, sepasang kekasih yang kini sudah bergelar suami isteri telah mendapat perhatian ramai lepas dikatakan berkenalan melalui RPG online. Wow!

 

Mula hanya dengan permainan video, akhirnya bercinta dan sering video call

Menurut mStar, Samra yang berasal daripada Filipina hanya bekerja sebagai pembantu domestik di Arab Saudi dan gemar bermain RPG online pada masa lapang. Dia yang baru berusia 23 tahun tak sangka pertemuan dengan suami, Triston Wallin, 21, berakhir dengan perkahwinan.

Mereka mula berkenalan sejak Jun 2017 dengan hanya berbual dan berhubung antara satu sama lain melalui video call.

Hubungan mereka makin mesra apabila Triston dari US ni merupakan seorang ‘gamer profesional’ dan sering beri Samra wang dan hadiah yang ‘rare’.

Game2
sumber: mstar

 

Pernah melamar tapi ditolak si gadis kerana belum bersedia

Samra beritahu yang Triston satu masa dulu pernah melamarnya lepas mereka kenal dalam tempoh tertentu. Tapi dia pulak menolak sebab masih belum bersedia.

Macam manapun, pada hari kelahiran Triston iaitu September lepas, Samra beri hadiah yang paling manis apabila dia menerima lamaran lelaki tersebut. Pasangan ni kemudiannya berkahwin pada Disember lalu di Filipina.

Demi membuktikan cintanya suci, Triston sanggup terbang dari US dan Samra dari Arab Saudi ke Filipina untuk bertemu buat pertama kali!

Game1
sumber: mstar

 

Triston setuju peluk Islam, buat dua majlis perkahwinan berbeza

Triston mengambil langkah besar dalam hidupnya lepas dia memutuskan untuk mengahwini Samra dan memeluk agama Islam yang dianuti kekasihnya.

Game
sumber: mstar

Pasangan ni mengadakan 2 majlis berbeza mengikut dua adat iaitu perkahwinan Muslim tradisional dan cara Barat. Triston kini merancang untuk bawa Samra tinggal di US dan akan bantu isterinya dapatkan warganegara US.

Kisah cinta mereka ini boleh anda tonton di video di bawah:

So… ada yang mula main RPG online? Nak cari jodoh lah tu! 

Baca: Ini Barulah Suami Mithali!

Hidup Bahagia

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.