Kesesakan teruk yang berlaku semalam di Tol Sungai Besi menghala ke Kuala Lumpur akibat sekatan jalan raya (SJR) telah mengakibatkan ramai di kalangan pengguna jalan raya ‘panas’ dan mula naik angin.
Menurut Bernama, berlaku sedikit ketegangan antara pemandu dan anggota polis yang bertugas setelah mereka tersekat selama 3 jam di lebuhraya tersebut.
Laporan juga mengatakan ada di antara kereta mengalami masalah kehabisan petrol dan panas enjin akibat kesesakan itu.
Rata-rata pengguna jalan raya meluahkan kekecewaan akibat 'terperangkap' hampir 3 jam dalam kesesakan di Tol Sungai Besi menuju ke ibu kota hari ini
Ia menyebabkan ada kenderaan pengguna kehabisan petrol & kepanasan enjin
Larangan rentas daerah & negeri berkuat kuasa hari ini pic.twitter.com/u37jRSisuP
— BERNAMA (@bernamadotcom) May 10, 2021
Menerusi sebuah video yang dikongsikan Facebook portal tersebut, pemandu dilihat keluar dari kereta dan bertemu dengan anggota polis menyatakan rasa tidak puas hati mereka atas apa yang berlaku. Uish apa kes ni…
https://www.facebook.com/167047123315520/videos/791090271773123
“Orang lalu situ sebab ada kerja. Orang tak saja2 nak tempuh jammed hari2”
Isu ini telah mendapat respon netizen yang rata-rata berasa tidak puas hati dengan SJR yang dilakukan di lebuhraya sesak seperti itu.
Malah tak semua yang menggunakan lebuhraya tersebut juga untuk suka-suka dan kebanyakannya perlu merentas daerah atas urusan kerja dan kesihatan.
“Frontliner menjalankan tugas ikut arahan. Mereka pun tersepit…”
Walau bagaimanapun ramai juga di kalangan netizen yang berpendapat frontliners seperti pihak polis mengadakan SJR atas arahan pihak atasan. Jadi kita tidak boleh menyalahkan mereka 100% dalam isu ini.
Apa-apapun harapnya tak adalah lagi ketegangan seperti ini berlaku. Kesian juga tu abang polis tengah panas jaga SJR.
Baca: Kawalan Ketat di Federal Highway Sejak Semalam, Hantar Kuih & Baju Raya Antara Alasan Pemandu