in

“Eeee geli nak makan!” – Lemang Periuk Kera Sebenarnya Menjijikkan, Jadi ‘Jamban’ Kepada Kelawar & Tupai?

Jijiks

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Beberapa hari lalu, kecoh di media sosial akan isu periuk kera yang dikatakan semakin pupus gara-gara ketaksuban orang kita yang menggunakannya untuk membuat lemang.


Disebabkan isu itu, pakar botani dan beberapa ahli NGO lain menyeru supaya Aidilfitri ni kita elakkanlah makan lemang periuk kera supaya spesis flora ini tidak pupus dan dapat menyelamatkan alam sekitar.

61542534 10214693576912468 4739460771497377792 N
sumber: blog

Tapi baru-baru ni, menerusi satu perkongsian di Twitter, rupanya ada satu rahsia lagi mengenai periuk kera yang mungkin akan membuatkan korang kat luar sana fikir 1000 kali sebelum nak memakan lemang sejenis ini. Wah apa pulak ni??

 

Periuk Kera ‘makan’ najis kelawar untuk hidup? 

Lemang periuk kera ternyata bukanlah pilihan terbaik untuk musim raya ini kerana ia dikatakan telah ‘memakan’ najis kelawar demi kelangsungan hidup. So macam mana agaknya periuk kera ni makan najis kelawar ye?

Menurut ZoologiMY, sejenis kelawar Hardwicke Wooly Bat atau Kerivoula Hardwickii ni dikatakan telah mendapat perlindungan dengan berehat di celahan daun periuk kera. Dalam erti kata lain, sambil-sambil berehat kelawar ni jugak sempat ‘melepas’ dalam periuk kera tu. Hasil najis itulah yang jadi nutrient buat periuk kera ni survive. Aduhhh. 

Kera 1

D70Qryju0Aa1A7S

Kera 2

D70Rpasuyaiw6Ui

Kera 3
sumber: twitter

 

Periuk kera juga jadi ‘tandas’ tupai! 

Tambah tweet tersebut lagi, najis-najis dari kelawar tu sebenarnya telah menyumbang 34% keperluan nutrient kepada periuk kera. Lebih mengejutkan, selain kelawar, sejenis tupai juga telah menggunakan periuk kera ni sebagai ‘jamban’ dorang. 

Jadi kalau korang cantas habis periuk kera ni semua, kesianlah kat tupai dan kelawar sebab dorang tak ada tandas dah. Terpaksa pulak melepas kat merata-rata tempat. Ops! Min gurau je tapi ada betulnya jugak kan? 

Tandas
sumber: twitter

 

“Geli nak makan. Tak sedap mana pun… Sedap lagi dalam buluh” 

Apa-apapun ternyata posting ni telah ‘membuka mata’ netizen yang tak sangka periuk kera ni rupanya toilet bowl bagi beberapa jenis haiwan di dalam hutan. Nampaknya semua pakat tak lalu lah nak makan lemang periuk kera ni.

Makan Jamban
sumber: twitter

Makan lemang dalam buluh lagi best kan! 

Baca: “Mai campurkan darah haidnya dlm makanan saya” – Lelaki Kongsi Kisah Disihir Bekas Isteri Supaya Tinggalkan Isteri Baru

Zihir

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.