Memandangkan sekarang ni adalah musim durian, ramai yang tidak ketinggalan untuk membeli dan merasa kesedapan raja buah ini. Ada juga yang berani bereksperimen untuk mencuba resepi baru yang berasaskan durian seperti nasi goreng durian dan durian goreng!
Namun, kali ini viral pula sebuah video di Facebook di mana dua biji durian digoreng degan begitu sahaja tanpa dibuang kulitnya terlebih dahulu. Menurut The Independent Singapore, video tersebut telah tular selepas dikongsikan oleh akaun Facebook Singapore Incidents beberapa minggu lalu.
Dalam video yang berdurasi selama 54 saat itu, dapat dilihat yang durian itu digoreng bersama kulitnya yang tajam. Kalau ya pun nak buat durian goreng ala-ala cempedak atau pisang goreng, buang la kulit dulu kan.
Namun, boleh dilihat dalam video tu yang isi durian tu macam dah diasingkan sebab kulit durian tu nampak macam dah terbuka. Cuba korang perhatikan video tu, ada lagi ke isi durian dalam tu?
Setakat ini, video itu telah ditonton sebanyak 2.7 juta kali dan telah mendapat 3.5 ribu komen daripada netizen. Video itu juga telah menimbulkan rasa pelik dan bingung netizen yang rata-ratanya tak faham apa motif raja buah itu digoreng dengan sebegitu rupa.
Boleh tonton video durian goreng viral tu di Facebook Singapore Incidents.
Ramai berpendapat cara gorengan itu seperti membazirkan minyak dan masa sebab kulitnya bukannya boleh dimakan. Selain itu, ada juga yang mendakwa goreng durian akan menambahkan lagi kandungan kalorinya, jadi lebih baik nikmati je durian begitu sahaja, lagi sedap katanya.
Korang pernah ke makan durian goreng? Ada rasa macam cempedak goreng tak?
Sumber: The Independent Singapore, Facebook Singapore Incidents