in

Kedai Ni Buat Kelainan, Jual Durian Goreng Cheese!

Durian Cheese

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Korang memang selalu dengar resipi yang pelik kan? Kadang-kadang rasa macam nak try walaupun macam pelik. Terbaru, ada juadah yang viral untuk penggemar durian. Juadah unik dipanggil ‘Durian Goreng Cheese’.


Dur1
sumber: facebook

Menu ni mula diperkenalkan pada tahun 2016 oleh owner dia Nur Emyza Samsudin, 25. Kalau korang teringin nak rasa menu special ni korang boleh singgah kat kedai dia dekat kawasan lot kedai pemaju JRD Development, berhadapan dengan Lepak-Lepak D’Cafe.

“Pisang dan cempedak goreng keju itu sudah biasa, jadi saya mahu beri kelainan dan mencuba sesuatu yang baru.”

Durian 1

Durian 2

Korang kan tahu memang ramai penggemar durian kat Malaysia ni, so Emyza ambil kesempatan untuk cuba resipi ni dan ternyata memang sedap! Pelanggan pun beri maklum balas positif.

Cara masak menu ni ialah setiap ulas durian akan digoreng terlebih dulu sebelum disalut dengan keju supaya rasa dan bau buah tu naik. Selalunya, memang dia guna durian kampung. Patutlah sedap!

Durian

Dur2
sumber: facebook

Kalau korang nak tahu, kedai ni dibuka dari 4.30 petang sampai 7 malam setiap hari. Take note gaiss! Kepada yang tak minat durian, jangan risau sebab kedai ni ada juga jual menu lain! Antaranya ialah pisang goreng berkeju, donat coklat, donat Nutella dan donat mini. Sedapnya!

Korang yang nak order dalam kuantiti yang banyak mungkin untuk majlis besar korang boleh check Facebook Pisang Cheese Batang Kali sebab dorang pun ada sediakan khidmat penghantaran!

Apa lagi penggemar durian? Cepat serbu kedai ni!

Baca: 5 Kedai Pancake Paling BEST Korang Boleh Cuba Dekat Area KL!

Dur

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.