Sedang Malaysia dan beberapa negara lain menikmati musim durian, ada beberapa perkara yang perlu diambil berat oleh penggemar buah tersebut. Namun, jika dimakan secara berlebihan ia boleh mengundang kepada rasa panas dan sakit kepala.
Elak makan durian dengan…
Bagaimanapun, seorang doktor @DoktorSamhan berkongsi satu kisah apabila dia berhadapan dengan pesakit yang lemah dan apabila ditanya, rupa-rupanya pesakit itu telah minum kopi selepas makan buah durian.
Saya makan durian lepas makan tengahari, lepas tu minum kopi sebab rasa ngantuk. Tapi lepas tu terus rasa lain macam..
Kata Doktor Samhan, situasi itu dinamakan ‘intoxication’ atau keracunan ringan yang menyebabkan badan berasa tidak selesa.
Artikel berkaitan: “Kita nak kopek durian pun susah” – Netizan Sebak Lihat Lelaki OKU Kopek Durian Guna Satu Tangan
Artikel berkaitan: Menantu Kongsi Allahyarham Kamal Bakar Sangat Baik, Sanggup Carikan Durian Ketika Mengidam
Durian mengandungi sulfur yang tinggi karbohidrat manakala kopi ada kafein yang boleh menyebabkan hidrasi. Gabungan keduanya boleh menyebabkan tindak balas yang tidak baik kepada badan kita.
“Doktor, patient ni rebah depan pintu klinik tadi!” kata nurse dengan cemas.
Seorang lelaki dalam keadaan mabuk terhuyung-hayang masuk ke bilik konsultasi, wajahnya pucat dan keringat membasahi dahi. pic.twitter.com/2mX0hZ1QAU
— Dr Samhan (@DoktorSamhan) July 9, 2024
7 makanan & minuman perlu dielak lepas makan durian
Doktor Samhan turut berkongsi beberapa makanan dan minuman yang perlu dielakkan selepas makan durian.
- Kopi
- Alkohol
- Minuman berkarbonat
- Makanan berminyak
- Makanan pedas
- Susu dan produk tenusu
- Makanan tinggi protein
Berkongsi lanjut, Doktor Samhan mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati dengan makanan atau minuman yang digabungkan bersama durian.
Durian memang nikmat, tapi bila salah makan, boleh mudarat.
Meninjau ke ruangan balas, beberapa netizen menceritakan pengalaman mereka makan durian dan mengakui ia bergantung kepada tindak balas badan masing-masing.
Sumber: X