in

“Dulu kawan baik, sekarang Ayu jadi mak tiri saya…”

Ayu Sayang Abe Weyh

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Rasanya sampai sekarang semua orang masih tak boleh terima perkahwinan lelaki 41 tahun dengan budak 11 tahun bernama Ayu tu kan?


Semua tahu, Ayu dan anak kepada Che Abdul Karim, Norazila, 14, dahulunya memang kawan baik. Seperti budak perempuan yang lain, dorang share banyak benda bersama macam berselfie, bergosip pasal mamat hensem kat sekolah dan kadang-kadang ajak sleepover kat rumah masing-masing.

Merlin 140852001 A6Fc4155 F5E3 4F47 Accd 12390Ff5Ff70 Jumbo
sumber: nytimes

Namun menurut The New York Times, persahabatan Ayu dan Norazila kini musnah lepas dia dapat tahu yang ‘kawan baiknya’ telah senyap-senyap jadi isteri ketiga bapanya sendiri. 

“Kawan baik saya dah jadi ibu tiri saya sekarang ni. Memang tak masuk akal langsung,” kata Norazila sambil scroll timeline Facebook tengok keletah budak-budak sekarang.

30Malaysia Child 2 Jumbo V3
sumber: nytimes

Malah Siti Noor Azilah, ibu kepada Norazila jugak merungut yang suaminya tu memang kedekut berkaitan soal wang sebab dia langsung tak berikan mereka sekeluarga bantuan. Azilah kini terpaksa menanggung 4 orang anaknya dengan Che Abdul Karim yang mana salah seorang menghidap penyakit Spina Bifida (tulang belakang tidak sempurna). Kesiannya…

Dia kedekut sangat dengan kami, tapi dia ada cukup duit untuk kahwin dengan Ayu dan bawa pergi bercuti.”

“Bapa mereka langsung tak jaga mereka, dia pun tak suka budak-budak. Kecuali seorang, si Ayu tu,” kata Azilah yang kini bekerja sebagai pembuat roti.  

Merlin 140852019 C573F20F 838C 4A71 Af97 609D537F3Ee0 Jumbo
sumber: nytimes

Disebabkan isu ni, keadaan dalam keluarga tersebut memang agak ‘panas’ sebab isteri pertama dan kedua Che Abdul Karim bersama-sama paksa suami dorang pilih antara mereka dan isteri baru tu.

“Kami dah beri kata dua kepadanya, kami atau budak perempua tu. Kami cakap, awak pilihlah. Awak tak boleh miliki kami bertiga,” kata Azilah.

Merlin 140851872 3B2B96E6 8883 4D9F B42E 9Eb6Af26Cc3F Jumbo
sumber: nytimes
Azilah 1
sumber: nytimes

Walau bagaimanapun, Che Abdul Karim mengaku yang dia kahwin dengan Ayu kerana nak beri budak tu kehidupan yang baik dan keluar daripada kemiskinan.

Malah Imam Masjid Kuala Betis, Sayed Noordin jugak memuji tindakan Che Abdul Karim dengan mengatakan lelaki ni kerap datang solat ke masjid. Katanya lagi, dalam undang-undang syariah perkahwinan dengan kanak-kanak dibolehkan kalau kanak-kanak perempuan tu sudah baligh dan ibu bapanya membenarkan.

Merlin 140851506 A2D4E921 5A5C 41F1 9Bb2 Fdb330Fb13F5 Jumbo
Rumah ayu | sumber: nytimes

“Mengikut prosedur Islam, selagi pengantin perempuan Islam setuju, ibu bapanya budak tersebut setuju dan budak perempuan tu sudah datang haid, perkahwinan ini OK. 

“Che Karim ni seorang Muslim yang baik, dia selalu datang solat dan seorang yang bertanggungjawab,” kata imam tersebut.

Che Abdul Karim jugak menegaskan yang dia takkan adakan hubungan intim dengan isteri barunya sehingga budak perempuan tu berusia 16 tahun.

“Saya cintakan dia,” katanya.

Kesian dengan kawan baik si Ayu tu. Semoga keluarga ni diberi kekuatan dalam melalui dugaan ini. 

Baca: “Dah berniat nak nikahi Ayu sejak dia umur 7 tahun lagi” 

Ayu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.