“Drama mengarut! Mesti ke nak peluk-peluk?”

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



“Drama mengarut! Mesti ke nak peluk-peluk?”

&nbsp
 
00:00 /
 
1X

Melayu dan drama memang tak dapat nak dipisahkan. Kalau ada je drama baru yang muncul di slot ‘drama pukul 7’, mesti ramai wanita dan tak kurang jugak lelaki ikut menonton.

Namun kebanjiran drama-drama ni dengan jalan cerita yang agak ‘mengarut’ makin membuatkan penonton muak dan jelik. Yang terbaru drama lakonan Aliff Aziz dan Daiyan Trisha bertajuk Sejuta Rasa Buat Adelia ni bikin kontroversi bila terselit adegan hampir bercium antara dua pelakon ni. Opss!

Sumber: Twitter

Nah korang tengoklah sendiri:

Sumber: Instagram

Rata-rata netizen yang tonton scene ni mengutuk adegan tu serta menganggap drama ni merosakkan bangsa Melayu dan undang kecurangan antara kedua-dua pelakon sebab banyak sangat adegan berpelukan sepanjang drama tu berlangsung. Dahlah si Aliff Aziz ni pernah kontroversi kan dulu? 

Sumber: Instagram
Sumber: Instagram

Malah dulu pun masa awal-awal drama ni muncul di kaca TV, netizen di Twitter jugak ada menegur yang drama ni terlalu banyak adegan intim sehingga boleh diibaratkan macam ‘soft porn’ pulak. Aiyooo! 

Apa-apapun diharapkan pihak produksi serta pengarah hasilkan drama nanti elakkanlah rakam terlalu banyak adegan intim sebab tak berapa sesuai dengan budaya Melayu dan agama Islam itu sendiri. Bila dah ramai kecam, mesti pelakon pun rasa tak sedap kan?

Moga-moga teguran macam ni akan beri pengarah lebih banyak idea untuk hasilkan drama yang berkualiti. 

Baca: “Tak sudah-sudah dengan kisah cinta lain taraf” – Beto Kusyairy Buka Mulut Tentang Drama Cinta di Televisyen 

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Syaida Ismail

Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!