in

“Dorang ni sampah!” – Ibu Bapa Tergamak Pukul Bayi Usia 15 Hari Sampai Mati Sebelum Sorok Mayat Dalam Bagpack

Collage 22

Ya Allah, geram betul bila baca cerita pasal bayi yang defenceless macam ni kena bunuh. Lagi-lagi yang baru je lahir tengok dunia.

Macam kes yang berlaku dekat Amerika Syarikat ni, seorang bayi mati lepas dipukul dengan kejam oleh ibu bapanya semasa dorang di bawah pengaruh dadah. Allahu, kejamnyaaa

Menurut Mirror, Courtney Marie Bell, 25, dan Christopher McNabb, 28, bunuh bayi perempuan mereka, Caliyah masa baby ni baru je masuk usia 15 hari.

0 Week Old Beaten To Death By Parents High On Meth

Kalau korang nak tahu, sehari selepas pasangan ni pukul dan bunuh Caliyah, dorang buat laporan pada pihak polis mengatakan yang anak dorang diculik masa dorang tengah tidur.

Kemudian, pihak polis menemui mayat Caliyah di dalam bagpack Nike berwarna biru dan merah yang mereka dakwa turut dicuri pada hari yang sama pada 7 Oktober 2017. Motif sangat penculik nak curi beg.

Tapi, bila pihak polis menemui mayat bayi malang ni, Christopher cuba untuk melarikan diri. Kalau tak salah kenapa nak lari kan?

Semasa perbicaraan, dikatakan rumah pasangan ini sangat kotor. Bukan itu saja dorang juga merupakan penagih dadah dan sering berkelakuan ganas ketika bertengkar.

H 1

Pendakwa Raya, Layla Zon berkata nasib bayi ini memang malang sejurus selepas dia lahir.

“Caliyah merupakan anugerah untuk Courtney dan Christopher tapi nasib anak ini memang dah musnah sebaik saja mereka tinggalkan hospital.

“Mereka bawa bayi yang tak bersalah dan suci ini untuk tinggal di dalam hidup mereka yang seperti neraka.”

Ketika polis temui Christopher, badannya basah dan dipenuhi lumpur, tapi dia mengatakan dia baru lepas keluar mencari bayinya yang hilang.

Semasa disoal siasat, Courtney tegas mengatakan bahawa bayi mereka diculik.

“Saya memang bersalah ambil dadah tapi saya tak pernah sangka ini akan berlaku pada bayi saya.

“Saya tidurkan dia, bila saya bangun saya tengok dia dah tak ada.”

Namun, pihak pendakwa raya membangkang dakwaan pasangan ini yang mengatakan mereka tak bersalah.

Anak itu tak buat apa-apa. Dia hanya perlukan kasih sayang tapi ayahnya bunuh dia.”

“Semua tangisan dan air mata palsu yang dia buat masa disoal siasat dan tentang rasa sayang dia terhadap anaknya di dalam mahkamah adalah satu penipuan.”

Christopher didapati bersalah kerana membunuh dan kekejaman terhadap kanak-kanak manakala Courtney dijatuhkan hukuman pembunuhan tahap kedua dan kekejaman terhadap kanak-kanak tahap kedua serta menyumbang kepada penderaan budak bawah umur.

Selepas hukuman dibacakan, Christopher berkata: “Saya tak akan buat macam ni. Saya tak bersalah.”

 

Baca: Bayi Berusia 6 Hari Ditemui Mati Dalam Perigi Disyaki Dibunuh Ahli Keluarga Sendiri

Screenshot 2019 05 16 At 1.49.28 Pm