in

“Wow besar tu!” – Nelayan Selamatkan Ikan Paus Yu Terperangkap Dalam Pukat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebut sahaja ikan paus, pasti kita terus fikir ikan besar yang berlegar dilautan. Saiznya yang besar confirm buat orang terpegun malahan mampu menakutkan orang lain.


Kali ni admin nak share pasal ikan paus yu yang terperangkap dalam pukat di perairan utara negara kita. Apa yang menarik, ikan yang malang berkenaan telah berjaya diselamatkan oleh nelayan kita yang berani. Korang boleh tengok video nelayan selamatkan ikan paus yu besar yang admin cakap tu kat bawah ni oleh @NanNaz17.

 

Besar betul!

Serius admin terkejut tengok saiz ikan yang terperangkap tu. Kesian kat dia tak pasal-pasal terperangkap, tapi nasib baik ada nelayan kita yang berani terjun laut untuk selamatkan ikan besar tu. Kalau tak memang duduk dalam tu je lah ikan tu.

Uish jangan macam tu. Risau dia masuk laut dalam sekali dengan kita pulak lemas. Tapi kalau tunggang pun macam best gak, bukan selalu naik roller-coaster dalam air.

Betul, ikan paus yu, atau whale shark ni bukan makan manusia. Semua paus tak makan manusia kalau tak silap admin. Ikan jerung lain lah. Tengok kat TV pun seram.

Skill yang tak semua orang ada. Susah tu nak berenang tanpa pakai tangan macma tu. Nelayan kita dalam video tu memang mewarisi skill rare dan terbaik tu.

 

Baca: “Sekali dia ngap, habis kau” – [VIDEO] Viral! Penduduk indonesia Jumpa ikan Jerung Paus Di Kawasan Perumahan?

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.