in

“Dia ubah persepsi saya tentang Islam” – Terharu! Nik Omar Sentuh Hati Non Muslim di Media Sosial

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tak kiralah bangsa, agama atau dari negeri mana sekalipun seseorang tu, kalau korang tinggal di Malaysia, korang pasti kenal dengan ikon ulung bernama Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat. Pemergian Nik Aziz hampir tiga tahun lalu telah memberi impak besar bukan saja pada pengikutnya tapi kepada satu Malaysia jugak.


Nik Omar jelmaan Nik Aziz? 

Namun setelah arwah Nik Aziz meninggal dunia, ramai yang tertanya-tanya siapa pengganti ulama hebat ni? Tiba-tiba muncul nama Nik Omar Nik Aziz yang jadi sebutan ramai sebagai ‘jelmaan’ bapanya. Hal ni dikuatkan lagi dengan pengakuan non muslim sendiri yang katanya sangat terharu tengok Nik Omar berucap.

Ini petikan daripada ceramah Nik Omar di hadapan ribuan rakyat dalam jelajah Pakatan Harapan di Putrajaya semalam (3 Mei 2018):

https://www.youtube.com/watch?v=E8_d6OBc8G0

Ubah persepsi non muslim terhadap Islam

Ini pulak antara komen netizen daripada Facebook yang buat ramai orang Islam terharu baca komen non muslim mengenai Nik Omar. Katanya Nik Omar berjaya ubah persepsi mereka mengenai Islam. Wah!

Sumber: Facebook

 

‘Saya menangis, tersentuh dengar kata-katanya’ 

Ucapan daripada Nik Omar menerusi ceramah semalam dikatakan tak menghukum non muslim seperti yang dilakukan PAS kebiasaannya dan dia jugak tegaskan bahawa ‘tiada paksaan dalam Islam’ buat semua penganut untuk menerima apa yang disampaikannya.

Sumber: Facebook
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Nik Omar yang dahulunya merupakan ahli PAS telah membuat kejutan pada hari penamaan calon kerana tetiba mengaku akan bertanding bagi parlimen Cempaka dengan parti Pakatan Harapan. Disebabkan hal ni, ibu Nik Omar dan adik beradiknya terutama Nik Abduh dikatakan hadapi conflict keluarga dan berpecah.

Berbeza dengan Nik Abduh, Nik Omar mendoakan kejayaan adiknya dalam PRU14 dan dia jugak menjelaskan tindakannya masuk Pakatan Harapan adalah untuk meneruskan perjuangan ayahandanya.

Kita kuat kerana kita berpegang pada Islam tetapi jika kita ingin maju ke depan, kita perlu meraikan perbezaan dan bersepakat,” kata Nik Omar.

Sumber: The Star

Bagi admin, mana-mana pun parti politik yang membawa nilai yang baik dan menyatukan hati rakyat patut disokong dan diberi peluang untuk menyatakan pendapat mereka. Apa yang penting, perbezaan antara agama dan bangsa ni tidaklah seharusnya jadi isu dan kita sepatutnya bersama-sama membina Malaysia ke arah yang lebih baik kan?

Apa pendapat korang mengenai ceramah Nik Omar semalam? Tersentuh tak atau sekadar biasa-biasa? Kongsikan pendapat korang dengan kami! 

Baca: Bertanding PRU14 Dengan Abang Sendiri, Ini 6 Perkara Tentang Azwan Ali Yang Anda Mungkin Tak Tau 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.